Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

18 Okt 2013

Bertamu di Rumah Puan Normah Pulak



 



Ini adalah entri tertunggak yang telah lama yang belum sempat di publish. Agenda dan sessi beramah mesra bersama sama jiran di teruskan lagi pada suatu hari minggu. Kali ini kami bertemu dan beramah mesra di rumah Puan Normah pula, jiran saya yang sangat ramah. Semasa saya di ward, dialah yang meneman dan menghiburkan saya sebelum saya ditolak masuk ke dewan pembedahan. Dia adalah antara kawan yang mula mula saya kenali sewaktu mula membina rumah ini. Malahan semasa saya dimasukkan ke ward kerana allergik baru ni, beliau juga orang pertama yang saya lihat sebaik terjaga dari ubat bius setelah dihantar ke ward. Lama juga dia menunggu sebelum saya terjaga.

Hidangan utama ialah Laksa Johor. Maklumlah Normah adalah orang Johor sejati. Selain itu, terdapat juga masak lodeh, spaghetti bolognese dan lain lain lagi. Kami suka mengusik Normah sebagai 3 in 1 sebab dia akan cuba mengurangkan aktiviti memasak lauk yang pelbagai dengan menyediakan lauk yang di dalamnya mengandungi ikan atau ayam, kuah dan sayuran sekali seperti kari atau asam pedas. 











Aduhaai kekenyangan sangat sangat. Saya cuba untuk makan sedikit sahaja kerana sebelah malamnya ada Makan Malam Tahunan Organisasi tempat saya bekerja pula. Tapi dek keenakan laksa Johor hasil air tangan sahabat saya ni, terbabas jugalah diet saya pada hari itu. Kalau selalu selalu macam ni, memang boleh hancuis ler diet.

Walaupun hubby ada singgah semasa dalam perjalanan balik dari pejabat, tapi saya balik menumpang kereta Datin Ros bersama Kak Jah kerana masih seronok bersembang. Pelbagai topik dibincangkan dari keduniaan sampai ke akhirat bagai.  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.