Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

1 Sep 2013

Lemang Kak Raja Yang Lemak Lembut Dan Tak Berkerak






Sejak terpandang gambar gambar proses pembikinan lemang di facebook sahabat saya Raja Halida, hati mula tertanya tanya Kak Raja buat sendiri lemang ke? Ohh lepas tu, baru tahu yang Kak Raja mengambil tempahan membuat lemang. Sejak itu sangat teringin nak makan lemang hasil pembuatan Kak Raja kerana dikatakan lemang sangat lemak, lembut dan tidak berkerak. Kak Raja menggunakan beras pulut susu dan proses menyediakannya yang sangat cermat di mana pulut direndam lama. Kebanyakan lemang yang dijual di tepi jalan agak keras dan berkerak walaupun ada yang elok masaknya. Kadang kadang tak terasa langsung lemak dan garamnya, terasa seolah makan pulut pagi lah pulak. Hari ini saya berbuka puasa dengan hanya memakan lemang dan rendang. Hahaha memang sedap sangat lemang ni...






Teknik pembakaran lemang Kak Raja yang unik iaitu lemang dibakar di dalam tong drum menghasilkan lemang yang tidak berkerak dan masak sekata. Jadi kalau ada sesiapa nak membuat tempahan lemang asli yang dibakar secara tersendiri ini, bolehlah hubungi Raja Halida di no 013-3390202 atau di facebook Raja Halida

Setiap batang lemang dimasukkan di dalam plastik. Memang terbaik lah Kak Raja yang memang terkenal dengan kreativiti sejak di universiti lagi. Kak Raja sempat berpesan supaya lemang disimpan di dalam peti sejuk. Bila hendak dimakan, panaskan air dalam kuali, letakkan jaring besi dan susun buluh lemang di atasnya. 





Mendengar Kak Raja sudi menghantar lemang hingga ke rumah, saya terus meminta hubby membeli ayam untuk dimasak rendang. Hmm 2 ekor gitu. Dengan cuaca yang hujan dan lembab begini, kita jadi sentiasa lapar. Jadi itu sebabnya hubby meminta dimasakkan 2 ekor ayam sekali gus. Hahaha siap jer masak, Nelly dah menceduk untuk dimakan dengan nasi putih. Pendek kata, rendang adalah antara masakan kegemaran anak anak saya. Kalau ada lemang, mesti mahu ada rendang, bagai lagu dan irama gitu... 





3 ulasan:

  1. Sedapnya lemang...nasib la bru smlm dpat mkn...klau x...mmg terliur ni..nmpk lemak dan lmbutnya tu...

    BalasPadam
  2. Ermmmmmm....sedapnya lemang.... nak sebatang

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.