Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

18 Sep 2013

Ketupat Palas Hidangan Wajib Hari Raya di Kelantan






Sejak kecil, ketupat daun palas lah makanan yang saya kenal apabila hari raya menjelang. Makanan wajib yang mesti ada di rumah kami. Beberapa hari sebelum hari raya, arwah ayah akan mencari daun palas di belakang rumah arwah nenek. Bonda akan menyediakan ketupat sehari sebelum raya. Kalau zaman dulu, anak bulan tidak kelihatan, terpaksa lah ketupat digoreng untuk melembutkannya dan supaya tidak basi. Ianya bukan goreng macam goreng dengan minyak tu tau. Proses menyediakan ketupat palas ini agak remeh dan memakan masa yang lama bermula dengan penyediaan pulut, kemudian memasukkan pulut ke dalam daun palas dan akhir sekali direbus sehingga air kering.

Terdapat 2 jenis ketupat palas iaitu ketupat lemak dan satu lagi ketupat manis. Inilah jenis ketupat yang terhidang di rumah kami pada hari raya. Bonda saya memang handal dalam bab menyediakan ketupat dan membungkus dengan cantik. Sejak kecil lagi, saya selalu cuba membungkus ketupat daun palas tetapi tidak pernah sekali pun, ianya menjadi dengan baik. Nampak mudah tetapi ianya tetap memerlukan skil supaya ketupat terhasil dengan padat dan cantik. Kini hanya kakak sulung saya sahaja yang pandai membungkus ketupat daun palas. Selain ketupat lemak dan manis, ada ketupat yang diletakkan kacang merah dan juga sambal daging. Ini kira ketupat yang high end lah. Bonda saya memang seingat saya, tak pernah pulak menyediakan ketupat berinti daging atau kacang.




Kalau ketupat lemak, biasanya dimakan dengan cara dicicah gula Melaka cair yang dipanggil nnise cair. Tapi kini memang saya tak pernah lagi menemuinya di mana mana rumah pun di Kelantan yang saya kunjungi. Ya lah, zaman dulu memang tak ada lah hidangan rendang di Kelantan. Saya tak pernah pun mengenali rendang semasa saya kecil. Jadi ketupat hanya dimakan dengan nnise cair sahaja. Terasalah pulak rindu dengan nnise cair ni. Aduhaai mana nak cari niii.... Tolooong siapa yang tahu mana nak dapat ni.




Setelah lama di KL dan dah terbiasa memakan lemang dan rendang di kampung suami dan juga di rumah rumah terbuka di sini, sekarang saya kembali merindui ketupat palas. Maklumlah jika saya balik pada hari raya kedua atau ketiga, biasanya ketupat di rumah kakak telah habis. Sekarang ini ketupat yang memang remeh pembuatannya tidak lagi dibuat di rumah, sebaliknya hanya ditempah sahaja. Ketupat palas di Kelantan tidak sama dengan ketupat palas di negeri lain yang kebiasaannya mereka akan memasukkan beras pulut di dalam daun palas dan direbus dengan santan. Jadi rasanya juga tidak sama, tidak dapat menyamai keunikan rasa ketupat palas, dari negeri kelahiran ku. 



8 ulasan:

  1. kat rumah kg arwah nenek saya masih lagi makan ketupat palas dgn nise cair. eehh tetiba lak terasa nak mkn. kg arwah nenek di pangkal jenereh machang.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Azie...kat kg Chek sya masih buat lagi ketupat lemak cicah nnise, tapi ketupat kami biasanya chek campur pulut hitam.
    Nnise tu biasanya chek beli dgn org kg. Kalau tak rebus je nnise 'kerek' tu campur gula byk sikit spya nnti jadi pekat.. masukkan juga daun pandan.
    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2012/08/ketupat-pulut-hitam-daun-tebu-daun-palas.html

    BalasPadam
  3. saya suka makan ketupas palas goreng tapi tak pernah lagi makan ketupat yang ada inti kacang or serunding daging kecuali pulut panggang. mesti sedap rasanya :)

    BalasPadam
  4. sy suka ketupat palas walau sy bukan org kelate

    BalasPadam
  5. sedapnyo tupat..raya aritu x sempat nak makan sebab demam..dah la susah nak makan ketupat lau tak raya..huhu..
    nt jemput singgah blog saya ya kak azie..
    http://nzaralisya.blogspot.com

    BalasPadam
  6. kala nak nise caie hok kaw kak zie gi melaka dkt jonker street..ade restoran nyonya yg jual best nyonya laksa di situ ada jual nise cair dlm botol jem kecil..mmg sedap di makan dgn ketupat pulut..cayalla!

    BalasPadam
  7. klu ade jual saya nak oder bleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk tempahan ketupat palas boleh whatsapp ke no 0132118612...cod pasir mas....

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.