Iklan Nuffnang

Iklan

6 Sep 2013

Gulai Ayam Pencen


   


Tiada apa yang istimewa dengan entri saya kali ini, cuma ianya adalah kali pertama saya memasak ayam pencen. Keduanya ialah walaupun ia dimasak seperti kari tetapi di Kelantan, kami memanggilnya sebagai gulai. Hmm gulai ayam gitu. Daaan yang selebihnya kerana gulai saya hari ini, menggunakan rempah gulai yang dibawa dari Kelantan.  Kesedapannya sangat berbeza dengan kari di sini, apalagi jika dimakan dengan sambal belacan. Biasanya gulai ini tidak begitu berminyak seperti kari ayam, lebih pekat sedikit kuahnya menjadikan ia sedap sekali dicicah dengan roti putih.

Semasa balik dari umrah, hubby memberitahu yang Boy dah terbeli ayam pencen kerana semua ayam kehabisan untuk dimasak juadah raya. Oleh kerana terbiar di dalam peti, saya rasa elok jika dimasak gulai. Tapi sebab saya tidak mempunyai pressure cooker, menjadikan masa memasak untuk mengempukkan ayam ini sangat lama. Beberapa kali, saya menambahkan air dan memasaknya sehingga kering sebelum dimasukkan santan. Huuuu memang bercinta lama kalau tiada pressure cooker. Dah lama nak mencari, tapi asyik tertangguh kerana kami jarang memasak daging yang biasanya perlu menggunakan pressure cooker untuk mempercepatkan proses memasak. Tapi berbaloi juga memasak lama pun, kerana rasa dagingnya yang sedikit kenyal seperti rasa ayam kampung.



Gulai Ayam Pencen
Oleh: Azie  Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar rempah gulai 
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji ubi kentang - potong 4
Kayu manis, bunga lawang
Sedikit kerisik
1 santan kotak
Garam, gula secukupnya
1 keping asam keping

Cara cara:
Separuh dari bawang dimesin dan dibancuh dengan rempah gulai dan sedikit air.  Separuh lagi dihiris dan ditumis bersama halia, kayu manis dan bunga lawang. Apabila berbau wangi, masukkan rempah gulai dan tumis sehingga garing dan naik minyak.




Masukkan ayam dan gaul supaya sebati dengan rempah dan masukkan air untuk mengempukkan ayam pencen. Masukkan juga ubi kentang.




Selepas ayam empuk, masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan kerisik. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.






3 ulasan:

  1. Assalam azie..acik pun suka ayam pencen dari ayam daging.nak cepat lembut acik rebus ngan air kelapa

    BalasPadam
  2. salam Zie, akak pun suka ayam pencen sedappp sebab ia agak keras2 gitu meratah banyak pun no hal tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.