Iklan Nuffnang

Iklan

9 Ogo 2013

Raya 2013 Tetap Meriah Di Villa Nur Qaseh





Gembira kerana melihat suasana raya di Nur Qaseh tetap meriah dengan hidangan dan juadah raya walaupun semasa ketiadaan saya. Alhamdulillah, kepulangan saya disambut dengan jamuan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan acar timun, lontong, roti jala dan kari ayam, nasi impit bersama kuah kacang dan lemang berserta rendang ayam dan rendang daging. Yang menjadi kesukaan saya ialah lemang jagung yang sangat sedap disediakan oleh penjual yang berasal dari Parit. Hahaha mestilah sedap sebab sama kampung dengan my hubby tuuu.









Selain lauk pauk, terdapat juga kek buah buahan dan biskut cornflakes yang disediakan oleh anak anak untuk hidangan tetamu yang datang berkunjung. 






Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu saya lafazkan. Malahan, hubby dan anak anak masih sempat mengadakan jamuan moreh, jamuan untuk malam takbir raya semasa ketiadaan saya. Saya sangat bangga dengan mereka. 





Akhir sekali, selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya dan keluarga untuk semua pembaca blog Azie Kitchen walau di mana berada di saat ini.


11 ulasan:

  1. Slmt hari Raya Aidilfitri buat Azie sekeluarga.
    maaf zahir batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya buat Mamasya dan keluarga. Semoga amalan kita diterima

      Padam
  2. Selamat hari raya Azie n family. Sempat jg update blog.

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Lemang ada jagung yer.. x pernah rasa

    BalasPadam
  4. Hi Azie! Hope it is not too late to wish you and all family Selamat Hari Raya! I love all the food served at your villa :)

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya maaf zahir batin, rindu kat azie

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya Azie, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya buat Azie & family, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  8. Boleh tau Kg d bachok kt mana ya....kalau tak keberatan

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.