Iklan Nuffnang

Iklan

22 Ogo 2013

Keletah Anak Anak Arab






Kita perlu berilmu untuk melihat hidup ini dengan lebih bermakna. Ilmu adalah ibarat lampu suluh yang menyuluh hidayah yang menunjukkan jalan yang betul yang berasaskan Al Quran dan Hadis. Kita perlu berilmu sebelum beramal bagi meningkatkan kualiti amalan kita. Jika dulu, saya pernah mempertikaikan keadaan orang Arab yang bersolat dengan memegang sambil membaca Al Quran dan juga mendokong anak anak. Namun kini, setelah mendengar kuliah Ustaz di surau tempat saya bekerja, saya mempunyai pandangan berbeza. Diriwayatkan bahwa Nabi Muhamad SAW sendiri pernah bersolat sambil mendukung cucu baginda. Saya berazam untuk lebih banyak mendalami ilmu dan tafsir Hadis selepas ini kerana pada diri Rasulullah terdapat contoh teladan.




Orang orang Arab melatih anak anak mereka bersolat sejak kecil dengan mendokong anak mereka semasa bersolat mengikut seperti apa yang dibuat oleh Rasulullah. Saya terpegun melihat anak Arab yang dalam usia kira kira 3 tahun, yang diletakkan ibunya di tempat sujud telah melakukan aksi rukuk dan sujud semasa kami sedang bersolat. Semasa bersolat, anak anak akan dibiarkan berdiri di tepi ibu mereka atau berbaring atau tidur di antara tempat sujud.  Jika anak anak kelihatan nakal atau mengganggu jemaah lain, si ibu akan mendokong anak mereka. Ini bererti mereka telah dilatih dan dibawa bersolat sejak kecil. 

Seorang lagi anak Arab yang dalam lingkungan 4 tahun, sebaik bangun berdiri sebelum melangkah bersama ibunya telah melafazkan Ya Allah sebanyak 3 kali. Saya memang terpegun kerana ucapan dan menyebut nama Allah SWT telah meniti di bibir anak anak sejak kecil lagi. Anak anak Arab yang lain juga sentiasa memegang tasbih di tangan setiap masa semasa di dalam masjid. Begitulah bila dikatakan melentur buluh biarlah dari rebung. Walaupun saya tidak dapat mengambil gambar gambar mereka, namun kenangan itu akan tetap kekal dan segar dalam ingatan ini.




Makanan anak anak Arab ini juga simple, mereka memakan kurma rotub, air zam zam, roti, cheese dan susu Almarai. Tiada makanan spaghetti, pizza, kek atau susu tepung seperti anak anak di tempat kita. Tapi mereka hidup dengan gembira dalam serba kesederhanaan. 





Ketika berbuka anak anak Arab baik lelaki atau perempuan berebut rebut membuat bakti dengan membahagikan air zam zam untuk jemaah berbuka, membahagikan cawan cawan plastik, membahagikan kurma yang disedekahkan dan pelbagai akiviti yang boleh meraih pahala yang sangat besar. Beruntungnya anak anak ini kerana dapat menjejakkan kaki di masjidil haram sejak kecil dan membuat sumbangan yang menjanjikan pahala yang besar.




Keadaan sungguh berbeza dengan masyarakat di tempat kita di mana anak anak tidak dibawa bersolat bersama. Mereka dibiarkan bermain main di belakang yang kadang kadang membuat bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang bersolat. Ada ibu bapa yang tidak langsung menghiraukan kebisingan yang dibuat oleh anak anak mereka. Jika ini berlaku, pastinya ibu bapa mendapat dosa bila anak anak mereka mengganggu kekusyukan jemaah dalam mengerjakan ibadah. Semoga apa yang saya tulis di sini, dapat memberikan sedikit pengetahuan berhubung dengan apa yang dilakukan oleh orang orang Arab dalam melatih dan mendidik anak anak mereka. Jika masa dapat dikembalikan, saya ingin mendidik anak saya seperti yang dibuat oleh Rasulullah, namun apa daya saya kini....



7 ulasan:

  1. As salam dear

    Semuga azie semakin sehat.
    Betul kata azie, kalaulah masa itu boleh berpatah balik, su pun ingin sekali menjadikan diri sendiri dan anak-anak sesoleh mungkin.Pada su jika kita masih bernafas selagi tu lah juga peluang masih ada, InsyaAllah kita sama-sama berdoa agar anak2 kita akan menjadi anak2 g soleh yg senantiasa mendoakan kita bila kita tiada lagi dan doa itu jugalah nanti yang akan dapat menolong kita di akhirat kelak..amin

    Take a good care.
    Love
    suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su,
      Byk perkara lalu yg membuatkan saya regret.

      Padam
  2. Salam Azie..

    Saya pernah bercerita pada kawan2 tentang solat sambil mendukung anak tetapi apa jawaban mereka..itu cara solat mazhab lain. Belum lagi saya bercerita tentang solat subuh tanpa bacaan qunut. Silap2 dikata saya ni mengamalkan ajaran songsang! Masyarakat mudah menghukum seblm mengadili. Kadang kala ilmu setitis embun tapi dirasakan bagai selautan dalam. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada diri Rasulullah terdapat contoh teladan.

      Padam
  3. Makin bertambahnya umur semakin kita terasa banyak benda yang perlu kita betulkan dalam kehidupan seharian.

    BalasPadam
  4. Btoi tu azie d sana masjid d imarahkan dgn akt brkelah, bermain n brsolat, tpi d dataran masjid, kaum bapa akn mgerjakn umrah sunat.. pgalaman sy d madinah 2010, setiap mlm jumat pak2 n mak2 arab akn dtg mbwa klrga, bentang karpet, brsdekah qurma n air zam2 pd jemaah lain, mrk tinggal d hotel2 brhampiran masjid nabawi..begitu jga d masjidil haram krn ptg kamis sudah brmula cti hjg mggu n pduduk daerah mekah dll akn dtg mgimarahkan masjidil haram

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bila terbaca artikel ini, saya teringat balik bagaimana saya membesarkan kelima2 anak waktu kecil, rupanya sama seperti cara orang Arab walaupun saya tinggal di Singapura! Sejak sihat saja dari melahirkan sudah mula ke masjid untuk solat dan mendengar ceramah atau belajar agama mingguan sambil menyusukan yang kecil. Bila perlu, saya mendukung anak waktu berdiri dlm solat. Saya selalu memilih saf yg akhir dan hujung supaya tidak mengganggu jemaah lain. Seingat saya, anak jarang melangkah atau keterlaluan nakal di hadapan jemaah lain, sebab sudah saya tekankan kpd mereka adab2 di masjid walaupun masih kecil, sebelum keluar rumah. Saya pastikan akan membawa bekal sedikit permainan, sedikit snack seperti kismis, potongan epal dan sebagainya dan buku2 dan bahan menulis. Sambil telinga mendengar ceramah, saya melayan dan mengajar anak menulis dan membaca! 3 anak yang lelaki semenjak berumur 2 tahun sudah terbiasa dgn mengikuti bapanya bersama diruangan kaum lelaki. Alhamdulillah suami yg hendak menjaga anak yang lelaki, bukan saya yg menyuruh!
    Bila saya muhasabah, mungkin kerana sudah terbiasa dgn masjid dan belajar agama semenjak bayi, sampai sekarang kesemua anak2 (berusia 26 - 13 thn) sentiasa ada sahaja agenda kemasjid dan bukan sahaja membaca Quran tapi suka menghafal. (Pengajaran dan cinta pada al-Quran adalah agenda utama saya!) MasyaAllah baru saya perasan, (mungkin kerana sudah jadi budaya kami sekeluarga, sampai tak perasan!) cucu pertama saya, sekarang satu setengah tahun memang suka ikut saya solat dgn menguatkan takbir ihramnya, hehee...rukuk dgn sujudnya! Perkataan pertamanya pun ialah ALLAHHH...dan suka pula menyebutnya bila dengar azan, bacaan selawat dan zikir, sbgnya. Alhamdulillah, waktu Ramadhan yg lepas ni, selepas bertarawih, anak perempuan saya dan suaminya terus beriktikaf di masjid utk Qiamulail dan bersahur bersama dgn cucu pertama saya ni waktu hujung minggu. Alhamdulillah kata anak saya, tiada masaalah besar membawa sikecil ni berqiamulail dan bertarawih.
    Saya tergerak hati untuk menulis ini sekadar muhasabah diri sendiri dan perkongsian. (tiada untungnya utk bermegah2 pun!) Dgn harapan, mudah2an menjadi contoh mudah bagi ibu2 muda untuk beramal beribadah sambil membawa anak2 kecil bersama. Saya selalu memilih ruang yg terbelakang sekali dan pastikan kebersihan kawasan masjid. InsyaAllah dgn izin Allah semuanya jadi mudah dan berkat ! :-) :-)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.