Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

6 Jul 2013

Tempahan Red Velvet Cupcake Untuk Majlis Harijadi





 
Tempahan kali ini, saya terima dari Puan Zalia untuk majlis harijadi anakanda beliau yang diadakan secara surprise di sebuah fast food restaurant di Subang Parade. Tempahan diterima agak last minute tetapi entah kenapa saya bersetuju walaupun hati berbelah bahagi. Lebih lebih lagi anak anak sibuk untuk menyediakan kuih untuk dibawa ke majlis sekolah yang diadakan juga pada hari sabtu di mana Juita menyediakan Cinnamon Rolls. 

Tetapi bila melihatkan kesungguhan Zalia, saya bersetuju. Memang sejak kebelakangan ini, banyak tempahan terutama tempahan kuih muih terpaksa ditolak. Saya hanya akan mengambil tempahan cupcake, kek buah atau brownies sahaja dan itu pun bergantung kepada kesesuaian masa saya. Mood untuk mengambil tempahan menjadi berkurangan kerana dek kesibukan dengan persiapan menjelang Ramadhan tidak lama lagi. Insya Allah jika diizinkan Allah, saya akan bermusafir di bulan Ramadhan ini. Saya minta maaf dengan kawan kawan yang saya terpaksa tolak tempahan mereka dengan berat hati.  

Pagi pagi lagi saya ke dapur untuk menyediakan frosting. Sebaik mungkin, saya akan cuba menyediakan semua tempahan selewat yang mungkin supaya tempahan sampai dalam keadaan fresh. OK untuk resepi kali ini, saya masih menggunakan resepi  Red Velvet yang pernah saya sediakan sebelum ini di SINI dan di SINI.  Pada saya ianya sangat moist. Ini adalah resepi yang sukai di samping satu lagi resepi Red Velvet di SINI. Manakala frosting pula, saya menggunakan resepi frosting yang paling saya sukai yang saya pelajari dari sahabat saya Juicy Cafe.



Red Velvet Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik 
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.  

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan.

Hias dengan cream cheese frosting yang disukai.


Cream cheese Frosting
Bahan bahan:
250 gram cream cheese
60 gram gula ising
200 gram non dairy whipping cream - pukul hingga bertanduk

Cara cara:
Putar cream cheese dan gula ising hingga fluffy dan masukkan whipping cream. Pukul sebati. Sedia untuk digunakan. 



7 ulasan:

  1. Salam kenal kak,
    Best nampak red valvet ni.xpernah cuba buat lg.nant nk cuba la.tq

    BalasPadam
  2. akak guna hiasan ape yg colour merah atas frosting tu?

    BalasPadam
  3. Salam kak azie, saya selalu ikut blog akak ni n sgt menarik dan tertarik ;)) saya baru pertama kali nak try red velvet ni n nak tanya sikit, untuk serbuk red velvet yang kita selalu tabur atas cream cheese dia ti camner nak buat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niza,
      Ambik sedikit kek dan hancurkan hingga jadi serbuk. Bolehlah tabur atas atau sekeliling kek

      Padam
    2. Kak azie, tapi ada red valvet yang saya makan serbuk dia tu crunchy n kalau kek tu sendiri bukan crunchy..akak ada idea tak, yang crunchy tu ape n camner nak buat ye. Tq kak azie

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.