Iklan Nuffnang

Iklan

7 Jul 2013

Rezeki Dapat Tudung Baru





Hari ini saya berada di rumah seorang diri di ruang tamu. Manakala Nana pula tidur kerana malam sebelumnya dan malam ini juga, bekerja malam. Saya memang tidak memasak apa apa untuk sarapan atau pun makan tengahari kerana tiada sesiapa di rumah, kecuali kami berdua. Nana mengajak saya untuk makan di Subway dan selepas makan, kami singgah di Butik Ariani. Saya memang tidak bercadang untuk membeli apa apa tudung. Malahan telah sekian lama saya tidak membeli tudung baru pun. 

Bila Nana menawarkan saya tudung baru, barulah saya mencuba beberapa helai. Hahaha orang perempuan mana boleh dipisahkan dengan tudung, apalagi tudung baru. Hati berbunga kegembiraan dan keseronokan. Jika dulu, kita yang membeli untuk anak anak, sekarang mereka pula yang membeli untuk kita. Sebelum ini, Nelly membelikan jubah yang cantik untuk saya. Alhamdulillah kerana anak anak tidak lokek. Namun begitu, saya berpesan supaya jangan lupa menyimpan untuk masa depan sementara belum mempunyai apa apa komitmen, inilah masa untuk menyimpan. Terima kasih, Kakak atas pemberian tudung baru yang cantik cantik ini. Semoga Kakak sentiasa dimurahkan rezeki dan dicucuri rahmat Allah. Ameen.


3 ulasan:

  1. Azie ada jual rempah saffron kan. Berapa harga? Tolong email harga nye di suhaimiabdul@hotmail.com
    Saya tinggal di bandar seri alam JB

    BalasPadam
  2. salam Azie, best nya dpt tudung dari anak2 kan boleh pakai utk raya yg tak lama lagi kan..

    BalasPadam
  3. cantiknya tudungs!!! sy minat yg pepel tu...slmt pakai tudung baru..selamat berpuasa k Azie!

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.