Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Menu Sahur Paling Sempoi





Haaa ada lagi menu sahur yang lebih sempoi dari ini? Yang sebenarnya ini adalah menu kesukaan saya semasa kecil dulu. Tapi dah agak lama saya tidak membuatnya. Pagi tadi saya menyediakan Telur Mata yang dicicah dengan kicap, sos cili dan bawang merah hiris. Huhuhu sebab dah lama tak makan, terasa sedap sangat. Makan pulak dengan nasi putih panas panas. Saya ni pulak, jenis suka makan nasi yang kering kering. Tak suka basah dan berkuah, memang boleh hilang selera. 

Menyediakan lauk untuk bersahur memang memeningkan, sehingga kadang kadang terlupa menu ringkas seperti ini. Setiap hari saya kena menanyakan kawan kawan menu berbuka dan bersahur untuk disediakan. Jadi kalau rasa kekeringan idea, bolehlah mencuba masakan paling sempoi ini untuk bersahur. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Menu Sahur Paling Sempoi"

  1. samalah kita masa dulu2 suka makan macam ni je waktu bersahur, goreng telur mata tuangkan tomato sos dan kicap atasnya dan makan dgn nasi panas2 ermm itu sudah cukup menyelerakan! mengoda keimanan puasa ni he2..sebenarnya lauk yang simple2 macam ni lah yang boleh membuka selera bersahur.

    BalasPadam
  2. haaaaaaa.. sy ingat! Ini adalah masakan kesukaan Kak Azie, kan.. kan... kan... Kak Azie pernah cerita dalam entry yg lepas, betul tak???

    BalasPadam
  3. My goodness, Azie! I am just like you, prefer nasi dry without any kuah on it. And I love telur goreng like that. I learned from a Malay friend to eat with kicap and tomato sauce. With the sliced onions like you did, lagi sedap!

    BalasPadam
  4. telo memang hidangan mudah dan sedap kan Azie.

    saya suka tumis ciliboh + garam + kicap+cili padi dipotong, sudah siap di masak letak atas telor.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..
    terliur saya di buatnya azie..
    sedap makan ni ngan nasi panas2
    sama la azie dengan saya.. suka makan kering2.. :D

    BalasPadam
  6. menu simple yg membuatkan kita lg berselera..

    BalasPadam
  7. Mmg sama cara kami :)

    BalasPadam