Iklan Nuffnang

Iklan

18 Jul 2013

Ketupat Sotong Bertelur





Ini adalah ketupat sotong yang saya buat sebelum puasa lagi. Kebiasaannya di bazar bazar Ramadhan, ketupat sotong banyak dijual. Tetapi macam biasalah harganya agak mahal dan rupanya pun tak lah nampak mengancam sangat. Sotong yang dibeli di Pasar Taman Tun Dr Ismail ini walaupun bersaiz kecil tapi penuh dengan telur. Saya memang meminta dipilih hanya sotong yang bertelur sahaja. Jadi setiap ekor sotong, hanya dimasukkan sedikit sahaja beras pulut dan selebihnya dipenuhi dengan telur menjadikan ianya lebih sedap.
 
Cara menyediakan ketupat sotong ini sangat mudah. Cuci bersih sotong dengan mencabut bahagian kepala dan buang bahagian tulang keras di dalamnya. Kemudiannya masukkan beras pulut yang direndam seketika dan ditabur dengan garam. Selepas itu, masukkan kembali kepala sotong dan dicucuk dengan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar. Susun di dalam periuk dan masukkan daun pandan. Tuangkan santan sehingga menenggelami sotong dan masak di atas dapur sehingga pulut masak. Masukkan sedikit gula dan gula Melaka. Masak lagi dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. 





Huhuhu makanan kegemaran saya dan anak anak ni. Kalau sekali dibeli 3 kilo sotong pun boleh habis dalam sehari sahaja. Lebih lebih lagi kalau sotong itu bertelur.




11 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    sama la saya.. kalau beli sotong, selalu picit2 dulu perut dia.. nak yang padat.. sure yg tu ada telur kan.. tapi sekali tu saya picit2 keras sekor sotong tu kan.. balik umah tengok2 keras tu sebenarnya anak ikan.. bukan telur.. wakakakak amik ko..

    BalasPadam
  2. pernah makan, tp x biasa buat...
    sedap betul..masih di ingatan..hihi

    BalasPadam
  3. Assalam kak azie..nmpk sedap ketupat sotong.Dah lamaaaaa sangat tak makan, yg makan dulu pun blei punya hihi.
    Senang jer rupanya nk buat ketupat sutun ni

    BalasPadam
  4. pergghhh, peberet family Liza jugak ni..

    BalasPadam
  5. azie dah bbrapa x su tgok kt blog ni buat su terliur dan teringin nak makan ermm nmpknya kena belajarlah buat ni memang xpernah buat azie. Blh bayangkan klu dpt makan azie sendiri yg buat...nikmatnya he2
    Thank you dear.

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan Azie....MA selalu skodeng blog Azie,suka tengok ketupat sotong yg Azie buat nie....MA tak pernah makan ketupat sotong nie....nanti nak cuba buat le...Terima kasih

    BalasPadam
  7. salam kak azie....
    ramai pulak yang hidangkan ketupat sotong bulan2 pose nie....tergugat nafsu pose tau!!!hehe

    BalasPadam
  8. Asyik mahsyuk makan sotong kalu ada telur dalamnya kan Azie... sedapnya tak ada tolok bandingan rasa!
    Kita pinjam resepi Nasi Beriani Pakistannya ye... dah habis dah makan tuk buka puasa. Tq Azia.

    BalasPadam
  9. sy org kedah..tp suka sngat ketupat sotong nie..klaw sotong msak biasa ni kurang..klaw yg nie...perhhh...2 kilo pon habis..hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.