Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Jun 2013

Rezeki Kita





Hari ini saya ingin berkongsi tazkirah mengenai rezeki yang dikongsikan oleh sahabat saya, Tuan Haji Asmaddin yang dipelajari dari kuliah subuh di surau beliau. Rezeki kita sebenarnya ditentukan Allah seperti yang disebut dalam surah surah: Az Zariyat 22, Al Israa 30, An Nahli 72, Ar Rum 40 dan Yunus 31. Namun begitu rezeki itu mempunyai kuncinya. Kunci rezeki ialah:

1.  Taqwa ( Al A'raf 96);
2.  Tawakkal (at Talaq 2-3) dikenali sebagai ayat seribu dinar;
3.  Syukur ( Ibrahim ayat 7);
4.  Sedekah dan buat baik pada fakir miskin;
5.  Sentiasa nafkah untuk keluarga (As Saba ayat 39);
6.  Menyebarkan ilmu dan berilah khidmat pada ahli ilmu.


Amalkanlah ke enam perkara di atas. Bila Allah kurniakan rezeki janganlah lupa untuk menunaikan zakat dan infak. Ingatlah matematik dalam Islam bukannya 10 tolak 1= 9 tetapi 10 tolak 1= 19 (RM10 kita sedekah RM1 maka ganjaran Allah beri minima 10 maksima 700+++= 19). Oleh itu jangan takut harta berkurang dengan infak pada jalan Allah.

5 ulasan:

  1. Terima kasih kerana syer dan sudi mengingatkan. Manusia mudah lupa, bila ada peringatan sebegini kita akan cepat2 sedar.

    BalasPadam
  2. thx sis.. moga akak pun murah rezeki:-).. dan juga amalkan solat dhuha

    BalasPadam
  3. Sgguh hebat ganjaran org yg bsedekah...jika kita nk murah rezki brsedekahlah ketika kita susah, in sha allah...brdasarkan pgalamn sendiri

    BalasPadam
  4. nice sharing akak..best la akak ni,bkn saje share pasal resepi tp bab2 lain jugak..hope akak n fmly sntiasa dlm rahmatNYA..amin

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.