Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

19 Jun 2013

Pengalaman Kerja Yang Sangat Berharga





Saya rasa inilah pencapaian terbaik sepanjang karier saya apabila saya telah ditugaskan mengetuai Projek Mekanisme Penggenapan Duit Syiling 1 sen yang dibuat secara kolaborasi dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang ketika itu Menterinya, adalah Dato Mohd Shafie Apdal.

Saya bukan sahaja berjalan ke merata ceruk negeri memberi taklimat berhubung pelaksanaannya tetapi juga penglibatan secara langsung dengan majlis pelancaran yang mendedahkan saya kepada sidang media. Hahaha masa itu, dapatlah rasa ditemubual oleh pihak akhbar dan media massa.




Saya juga berkesempatan menghadiri beberapa mesyuarat dengan Menteri sendiri yang saya sangat kagumi kerana pada pandangan, Dato Mohd Shafie adalah seorang yang  bijak dan cepat memahami isu isu yang dikemukakan kepada beliau. Jika ada yang beliau inginkan kepastian, beliau telah menelefon saya dan terus memberi keputusan beliau. Pendek kata sangat mudah berurusan dengan beliau kerana tiada protokol yang remeh. Di samping itu kerjasama yang tinggi diberi oleh KSU dan TKSU pada masa itu juga, amat memudahkan kerja saya terutamanya Dato Mohamedsha Mislam.




Sesungguhnya projek ini juga melayakkan saya dan ahli kumpulan untuk menerima pengiktirafan di Malam Pengiktirafan di organisasi tempat saya bertugas.  


6 comments:

  1. tahniah kak azie..wlau pon sbuk dgn kerja tp smpat jugak berblog..bkongsi resepi..kjyaan dan pgalaman..tq

    ReplyDelete
  2. tumpang gembira & bangga dgn akak!

    ReplyDelete
  3. Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    ReplyDelete
  4. Tahniah, saya tau Azie hebat..
    Tali leher biru putih tu Dato Mt Noor Bank Negarakah?

    ReplyDelete
  5. tahniah sis. i m proud of u :) u deserved it!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.