Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Jun 2013

Berinfak Di Bulan Ramadhan





Sempena kedatangan Ramadhan ini, sama samalah kita membuat pengisian Ramadhan dengan pelbagai aktiviti ibadah selain berpuasa dengan melakukan solat solat sunat, berzikir dan beristighfar, membaca Al Quran, bertadabbur dan menjadi dermawan di bulan Ramadhan dengan membanyakkan berinfak. 

Sesiapa yang menginfakkan hartanya, maka sesungguhnya kurnia Allah lebih utama dan lebih mulia. Allah akan memberikan kepadanya kurnia dan harta yang lebih banyak daripada harta yang diinfakkan, dengan melipat gandakan sebanyak 700 kali ganda, bahkan lebih banyak lagi. 

Surah Al Baqarah, ayat 261:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."


Jadi jom sama sama kita rebut peluang untuk mendapat pahala berganda yang dijanjikan Allah di bulan Ramadhan ini. Segala amalan sunat yang dilakukan di bulan Ramadhan mendapat ganjaran seperti amalan fardhu. Manakala amalan fardhu pula, dijanjikan pahala sebanyak 70 kali ganda dari amalan di bulan Ramadhan. Lakukan semuanya semata mata kerana Allah. Rasulullah bersabda "sungguh rugi seseorang yang menyambut bulan Ramadhan, kemudian melepaskannya, sedangkan dosa dosanya belum diampunkan". (HR Tirmidzi)



 

6 ulasan:

  1. InsyaAllah..semuga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan yang diberkati. Lebat durian nampak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah Ita,
      Pokok durian bapa mertua sahabat saya

      Padam
  2. In Sha Allah..cantik betul durian nye..subhanallah

    BalasPadam
  3. salam Azie, smoga Azie sihat2 saja menjelang ramadhan nanti, geram lah tengok durian yg lebat tu kalau pokok sendiri tentu dha tak larat nak makan tu

    BalasPadam
  4. Mudah-mudah kita di dalam rahmat Allah dan dapat meningkatkan lagi amalan di bulan yg mulia ini...aminn. Durian..sedap buat bubur or serawa makan dengan pulut..ermm ngak cite terliur.. Take care azie.

    Love
    suhaila

    BalasPadam
  5. Assalam kak Azie
    terima kasih diatas pengkongsian ilmu ttg ramadhan..semoga makin berusaha kita menambahkan amal,jgn lupa ahad nie mlm nisfu syaaban 23hb june 2013 selepas maghrib, kita berqiamullail dan pada hari isnin 24 june 2013 kita berpuasa sunat 15 syaaban 1413h.isyaAllah moga kta semua dirahmati Allah, Amin.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.