Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

10 May 2013

Rainbow Cake In A Jar Untuk Majlis Pertunangan






Kali ini adalah order Rainbow Cake In A Jar dari Miera untuk majlis pertunangan beliau pada hari Ahad, 12 Mei 2013. Saya memang menyukai kek ini yang pada saya sangat sedap dan seronok dipandang mata dengan warnanya yang ceria. Untuk menghasilkan warna warna ceria, kami menggunakan pewarna yang mahal dan berkualiti tinggi. Barulah kek Rainbow menghasilkan warna yang cantik.

Untuk resepi kali ini, saya masih menggunakan resepi Kek Rainbow yang sama iaitu kek yang disediakan semasa majlis pertunangan Nana. Boleh klik di SINI untuk resepi kek dan krim mentega yang sangat saya sukai. Cuma untuk kali ini, saya mencuba resepi frosting atau krim mentega baru yang diambil dari Myresepi berdasarkan feedback yang diberi oleh mereka yang pernah mencubanya. Ianya dikatakan sebagai sedap, lembut, tak manis dan senang dibentuk. Ia juga tak perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ianya tidak akan cair. Jom kita tengok resepi Krim Menteganya...



Buttercream

Bahan-bahan:
250 gm butter/shortening
125 gm marvello/supertact/krimwell 
125 gm gula aising - ayak

Cara-cara:
Pukul butter dan marvello hingga putih. Ayak gula aising dan masukkan ke dalam butter. Pukul lagi hingga kembang dan putih. 

Pukul dengan kelajuan minima. Jadi memakan masa yang lama tapi icingnya nanti lebih cantik dan mudah dilepa.

Nota:
Adunan untuk 1 biji kek

kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butter

Warnakan jika ingin menghias kek.





Diharapkan semoga majlis Miera berjalan dengan lancar dan selamat semuanya. 


25 comments:

  1. As-salam kak azie, balang tu nak beli kat mana yer? kita bakar kek tu dengan balang skali ke? atau kita buat kek dulu baru masukkan dalam balang tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Saya beli di Puchong. Bakar sekali dengan botol.

      Delete
  2. salam, azie berapa harga kek rainbow in a jar ni? please email me...thanks

    ReplyDelete
  3. Puan azie,botol ni khas ker...saya banyak simpan botol mcm ni...hasil dr beli sos spegeti....boleh guna ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga. Tapi kalau botol tu besar sangat, susah juga nak masak. Memakan masa lah sikit

      Delete
  4. puan Azie,jar ni khas yer...boleh ker guna yg recycle....?

    ReplyDelete
  5. salam pn azie...boleh email alen harga cake in jar ni...tq pn...

    purpl3_tul1p2804@yahoo.com

    alen mohd yasin

    ReplyDelete
  6. salam Kak Azie, alhamdulillah majlis pertunangan miera berjalan dengan lancar. terima kasih atas doa kak azie tu. dan cake in jar kak azie ni laku betul...! hehehe. dan, cantik je tersusun atas dulang hantaran. ape2 pun terima kasih kak azie. kek ni mmg sedap! moist je... miera suke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahniah. Gembira mendengar yg semuanya ok

      Delete
  7. salam.

    boleh quote harga utk 50pcs cake in jar ni.... at shikin.non@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  8. Puchong kat mana ?? Yg ada jual botol nie ??

    ReplyDelete
  9. As salam ...kat mana kedai yg jual botol nie ?? Boleh bg nama tempat n kedai ?? Nampak menarik tq ...

    ReplyDelete
  10. Assalam sis, berapa harga utk cake in a jar ni??? size botol nya besar mana?? comel n cntik sgt...tqvm

    ReplyDelete
  11. salam sis nak tanya kenapa macam berair ye saya buat masa letak susu segar ? saya lupa ayak tepung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adilla,
      Tak pasti pulak. Cuba ikut step yang kami buat, pasti tak jadi seperti itu. Resepi ini memang dah digunakan banyak kali.

      Delete
  12. ok kak terima kasih nak tanya kalau pos guna courier apa yg ada sejuk beku ?

    ReplyDelete
  13. Salam kak minta emel quo utk 500balang kek jar ni ke emel saya nurul5665@gmail.con

    ReplyDelete
  14. salam kak... nk tau harga kek ni... nk guna tuk kenduri kawen nnti... boleh akak emailkn harga ke natfeesa @gmail.com

    ReplyDelete
  15. Salam akak..bley pm kn sye hrge? Di email sye amelyaz@yahoo.com
    Tq

    ReplyDelete
  16. Hai, nak minta quo untuktempahan 500 pcs untuk kek rainbow in jar .ini email saya: ainmarzuki@rocketmail.com

    ReplyDelete
  17. salam puan azie..
    saya nak tanye kalau nak buat kaler2 layer by layer tu kene bakar lapis demi lapis ke mcm mane..?
    dan mohon salin resipi yer..
    tq..

    ReplyDelete
  18. Assalam kak azie bole email sy tak hrga cake dlm jar ni farahhassanbasri@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Askum sis Azie,
    Sis Azie ada ambil order untuk kek in jar ni ker? kalau ada bole email saya tak for order wansariah@gmail.com
    tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.