Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

11 Mei 2013

PRU13





Tidak dapat dinafikan pilihanraya PRU13 pada 5 Mei kali ini adalah pilihanraya yang paling menginsafkan. Insaf melihatkan perpecahan orang Melayu yang sangat ketara sehinggakan timbul perasaan benci kepada orang Melayu yang tidak sehaluan parti dengan kita. Itulah yang terjadi apabila ada yang menulis di blog saya memberitahu yang tak akan lagi baca blog saya yang sebelumnya dijenguk setiap hari. Kenapa? Apakah setelah mengetahui yang saya juga antara jutaan  "silent majority" yang mengundi parti yang tidak disukainya? Inilah antara contoh perpecahan, sedangkan agama patut diletak di atas dari politik atau hal lain bukan diletak setara. Berpecah dan membenci itu berdosa. Tapi dek kerana politik, ada yang sanggup buku amalan mereka dicalit dosa. Apa apa pun saya tak kisah, kerana saya berblog bukan untuk populariti, bukan juga for financial gain.

Pagi pagi lagi saya telah menjadi orang pertama beratur dipintu masuk pagar sekolah. Saya mula didaftarkan dengan SPR ini sebaik saya mencecah umur 21 oleh arwah bapa. Sejak itu, setiap kali pilihanraya, saya akan balik menjalankan tanggungjawab saya. Selepas mengundi, saya akan bertolak ke Perak di mana hubby pula akan mengundi. Kemudian baru balik ke Kuala Lumpur. Semuanya demi menunaikan tugas dan tanggungjawab kepada negara tercinta. Saya memilih mengundi dan saya memilih keamanan.





Oleh kerana tahun ini adalah tahun pertama penggunaan dakwat kekal, saya memang teruja untuk melihat sejauh mana ianya kekal di jari saya dengan melakukan aktiviti seperti biasa. Malahan selepas dicalit, saya telah mengambil tisu dan lap untuk mengeringkannya dengan cepat. Balik rumah kakak, saya membasuh pinggan selepas bersarapan. Saya melakukan aktiviti seperti biasa seperti mandi, berwudhu, bershampoo rambut dan sebagainya. Tapi tanda dakwat belum lagi hilang sepenuhnya selepas 7 hari. Lagi pulak, dakwat ini bukan bertujuan untuk terus kekal di jari tapi lebih kepada deterrent supaya tiada yang akan mengundi dua kali. Ia sepatutnya kekal dari pukul 8 hingga 5 petang. Kalau diperhatikan mengundi 2 kali adalah sesuatu yang mustahil kerana nama kita akan ditanda dan kemudian disebut dengan kuat bagi membolehkan wakil kesemua parti bertanding menanda pada rekod mereka pulak. Pada saya, proses pengundian dijalankan dengan telus, syabas SPR... Tahniah BN.






12 ulasan:

  1. As salam Azie.....saya pun pilih mengundi.Kami suami isteri mengundi di Ipoh Perak walaupun tinggal di Johor Baharu, sanggup pulang demi menjalankan tanggung jawab pada negara.Kami juga jadi orang yang terawal mengundi....selepas menjalankan tanggung jawab terus pulang ke Johor.Seronok baca blog u.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Balqees kerana menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. Saya sedih kerana masih ramai yg tidak keluar mengundi dan saya yakin, mereka adalah orang Melayu yg sudah hidup senang, berjawatan tinggi dan sudah berada di kedudukan selesa. Munkin merasa "apa klass" keluar mengundi. So sad...

      Padam
  2. Trlalu byk crite ttg PRU13 ni tpi sy mgambil pdekatan baca, dgr boleh ,percaya jgn...timbg2kan n fikir2 kan dgn rasional n realistik..suami pn prnah mjdi ptugas n dia tau sgt prosedurnya..tpi sy kasihan pd mrk2 yg jdi mgsa keadaan cth bangla2 yg kita x tau pn crite sbnr n pd org tua2 yg dtg mgundi, n org2 muda yg mudah d racuni dgn mcm2 crite..Mmg malang sungguh demi kuasa ramai yg jdi mangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. Selepas baca, saya membuat analisis sendiri, logik dan melepas logik akal atau tidak. Kalau tak logik, saya tak ambil peduli apa lagi nak menyebarkan pada orang lain. Kita diberi akal untuk berfikir, di dunia akhir zaman banyak fitnah akan timbul, jadi kena bijak menapisinya

      Padam
  3. setuju sgt dgn kak azie.btw nana skrg apa khabar?lame kak azie x crite psl nana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nana sekarang memang sibuk. Kdg kdg tak jumpa seharian. Pukul 6 dah keluar, balik pulak jauh malam. Kita doakan yang terbaik untuk Nana semoga dia dapat berkhidmat dg cemerlang. Insya Allah, tamat houseman, dia akan menyambung pengajiannya

      Padam
  4. Saya silent reader blog kak Azie... Beberapa kali jumpa di sekitar KD tp malu nk tegur. Saya setyju sgt dgn pendapat kak Azie ttg pilihanraya kali ni. Apa lg yg kita nak.., bersyukur lah krn negara kita aman & mewah. Kita yg memilih corak hidup kita. Betul tak Kak Azie?

    -syikin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Syikin,
      Kenapa tak tegur. saya ni kadang kadang jalan selamba jer, tak menoleh kiri kanan

      Padam
  5. assalam kak Azie
    sampai mcm tu sekali kan emmm mcm tak waras sudah manusia akhir2 zaman ini
    sanggup buat apa shj tp yg musykilnya sy kata berlandaskan islam dlm masa yg sama sanggup pula memutuskan tali silaturrahim . kat fb contohnya mcm2 keluar, ikutkan ramai2 kawan2 persekolahan sy menentang kerajaan , kita baca yg suka like yg tak abaikan he hee
    sy jg salah seorg petugas thnn ni di k.ampang, memang mcm2 peel manusia yg dtg masa hari tu
    memang anak2 muda cepat terpengaruh dgn cerita dan janji2 manis tanpa memikirkan masa depan negara sendiri cubalah selidik dulu kebenarannya. sy taklah kata mana2 benar atau salah mana2 parti pun ada silapnya biasa la manusia ni kan bknlah sempurna,cuma pilihkan yg betul menjamin masa dpn anak2 cucu bangsa dan agama kita bkn yg ke arah merosakkan negara. lihat dgn mata sekeliling cukuplah. kita bertelagah yg rugi apalagi org lain ambil kesempatan betul tak
    walaupun kecewa sb Selangor kalah tp amat2 bersyukur PM masih yg sama he heee

    BalasPadam
  6. Oh.. suami kakak org parit rupenya... mastura

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mas,
      Tapi bersekolah di Penang.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.