Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

18 Mei 2013

Krim Mentega Yang Sangat Sedap





Semasa kecik saya suka sangat makan kek yang dilepa dengan buttercream yang dibeli kedai kedai kek. Zaman dulu, kalau ada majlis pertunangan atau perkahwinan, pasti kita akan menempah kek untuk dijadikan hantaran. Jadi selepas majlis, tibalah saat ditunggu tunggu untuk memotong kek. Semasa majlis perkahwinan, saya menempah 2 biji cake yang berwarna pink bentuk hati dan satu lagi berbentuk bulat warna kuning. Masa tu, saya memang tak pernah tahu bagaimana ianya disediakan dan tidak pernah pulak mahu belajar membuatnya.






Sejak mempunyai blog sendiri, sejak menyediakan kek dan cupcake sendiri, banyak juga frosting sedap yang telah kami pelajari dan sediakan. Namun kesedapannya tidak menyamai icing kek yang pernah saya suka satu ketika dulu sehinggalah saya menjamah Kek Rainbow yang disediakan semasa harijadi saya baru baru ini. Klik di SINI. Aduuh, kek Rainbow itu memang benar benar mengingatkan kek yang pernah saya sukai terutamanya krim mentega yang digunakan.






Serius kerinduan saya pada kek yang saya nikmati masa silam terubat sudah. Sangat sedap, sangat saya sukai sehinggakan saya masuk jer ke dapur, makan kek. Bawa pulak bekal semasa ke Pulau Pinang, dalam perjalanan makan, sebelum tidur makan kek lagi, bangun tidur makan kek lagi. Bila sejuk sejuk, lagi sedap rasa krim menteganya. Tak kemaruk ke namanya tu... 




Krim Mentega
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer pekat manis
3 sudu besar gula aising

Cara cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 

Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega








16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih. Deko simple jer. Yg penting, kek dan krim menteganya sgt sedap

      Padam
  2. perghh..tgk jer dh terasa kesedapan krim kek kak azie tu..terliur sehh!

    BalasPadam
  3. cntik....i wish i could eat those=)

    BalasPadam
  4. salam kak azie..

    sya mohon copy n paste resepinya ya..

    BalasPadam
  5. Saya dah buat karipap guna resepi Kak Azie..Alhamdulillah sedap dan puas hati makan. Kek chocolate moist pon Saya suka resepi Akak...memang sedap...kawan2 pejabat pon mengendeng Resepi Kek tu...terima kasih sangat2 kerana Akak sangat ikhlas berkongsi Resepi di blog ini. Saya teringin juga Nak buat rainbow cake dgn icing yg Sgt sedap ini. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Sejenis mentega. Ada jual di kedai bakeri

      Padam
  7. Salam..kak..mentega apa yang sedap ya..maafla..saya masih newbie.. :)

    BalasPadam
  8. Salam kak.. sy dah buat krim ni tp gantikan krimwell dgn shortening tetap sedap rasanya... minta halal ye sy byk cuba resepi dr blog akak... mmg menjadi dan sedap semuanya.

    BalasPadam
  9. Salam azie..buttercream ni bole tahan lama tak? sbb resipi buttercream yg sllu akak buat cpt cair..tq

    BalasPadam
  10. Salam akak.. boleh ke pukul kirm well tu lame,, mcm mane nk tau krim well dan mentega tu da ckup gebu,,

    BalasPadam
  11. Salam, akak saya nak tanya kenapa ye butter cream yang saya buat keras setelah di masukkan kedlm petiais

    BalasPadam
  12. Kak sy nk ty agk2 krim ni akan keras ke kalu letak dlm peti ais?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.