Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

31 May 2013

Koleksi Gambar Gambar Uji Rashid






Assalamualaikum semua. Hari ini, saya bersiaran dari MS Garden Hotel Kuantan. Hubby mengajak saya ke sini di samping membawa Juita dan Aween yang sekarang bercuti sekolah untuk berehat di Kuantan dalam semalam dua. Tentulah saya seronok bukan kepalang, dapat berada di luar dari pejabat, dapat rehat dan guling guling atas katil sambil membaca buku serta melayan ipad. Pendek kata, asal cuti, semuanya best lah tak kira samada dalam atau luar negara.

Lanjutan dari entri berkenaan surat kad raya yang diterima dari Uji Rashid di SINI, sekarang saya ingin berkongsi pula, koleksi gambar gambar Uji Rashid yang telah saya kumpul sejak saya berumur 11 tahun lagi. Setiap kali terjumpa gambar Uji dari mana mana majalah atau surat khabar, saya pasti mengguntingnya. Teringat lagi masa ikut arwah my aunty berjalan ke rumah saudara maranya di Jerteh, kalau tak silap, saya turut menebalkan muka meminta gambar Uji di dalam majalah di rumah mereka.

Kawan baik saya, Noor Mahnun juga sangat sporting. Dia juga akan membuat keratan gambar gambar Uji dari surat khabar yang dilanggan ayahnya. Sehingga satu hari Nun dah terambil gambar gambar Uji yang disimpan oleh sepupunya untuk diberi kepada saya sehingga bergaduh dan bermasam muka lah juga seketika. Aduhaai itu cerita lama tapi tetap kekal abadi di ingatan. 

Saya sanggup berbasikal seorang diri sejauh 4 batu untuk ke bandar Bachok bagi membeli majalah. Kadang kadang bila sampai di sana, tak ada pun gambar Uji dalam majalah tu. Jadi balik lah dengan tangan kosong. Bila terjumpa sesuatu yang saya minati, saya sanggup membayar. Pernah membeli surat khabar juga sebab untuk melihat lihat kot ada gambar Uji. 




Selain gambar yang digunting dan ditampal dalam buku, saya juga mempunyai berpuluh puluh koleksi poster Uji yang telah terbuang semasa berpindah ke sini. Memang sangat sedih dengan kejadian itu tapi saya bertekad tidak mahu lagi menyesalinya. Saya mahu dengan yakin seyakinnya bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua itu. Poster poster itu juga disimpan sejak saya berumur 11 tahun lagi juga. Bayangkan betapa lamanya ia disimpan sebagai koleksi kesayangan.




Saya juga mempunyai koleksi piring hitam, koleksi kaset dan CD nyanyian Uji, namun kini semua telah tiada lagi dalam simpanan apabila kami berpindah rumah dan rakaman  pemain piring hitam diambil abang sulung saya. Saya sangat menggemari lagu dari EP pertama beliau yang sangat lunak merdu suaranya. Lagu yang sangat saya gemari sehingga kini ialah Ku Ingin Selalu Disamping Mu dan Di Manakah Dia. EP ini hanya mengandungi 4 lagu sahaja sebelum Uji mengeluarkan lagu lagu lain seterusnya. Sehingga kini pun, saya akan menguatkan radio sebaik mendengar lagu lagu itu diputarkan dan ikut menyanyi bersama sama.

Semasa Uji mengadakan pertunjukan pentas di Bachok bersama DJ Dave, bonda telah meminta sepupu saya membawa saya. Teringat lagi sebaik turun dari motor, saya terus masuk dengan tak memberitahu apa apa. Jenuh dia mencari saya dan bertemu hanya selepas show tamat di depan pintu masuk. Hahaha teruk betul saya masa itu kerana telah membuatkan sepupu kerisauan dan tercari cari saya. Saya juga tidak pernah melepaskan peluang menonton wayang semua filem lakonan Uji. Kadang kadang terpaksa meminta jiran sekampung untuk menemani. Kami pergi ke Jelawat dengan hanya berbasikal di malam hari untuk menonton filem lakonan Uji. Begitulah minat saya pada Uji Rashid. Namun begitu, saya tidak pernah pulak berpeluang bertemu muka dari jarak dekat dengan Uji sehingga kini. Yang paling seronok, hanya setelah berkawin saya akhirnya dapat melihat rumah Uji Rashid di 54 Jalan 2, Ampang Jaya walaupun beliau tidak lagi tinggal di situ. Itu pun secara kebetulan apabila kami ke rumah abang ipar yang terletak di jalan yang sama. Begitulah catatan perjalanan hidup saya semasa remaja. 



6 comments:

  1. salam akak ..nikee pun sukakan uji dan hail amir tau..wae belika n piring hitam 2 koleksi duetnya...cantik uji ni ..suara pun merdu

    ReplyDelete
  2. Zmn uji ni sy d sek ren myb dlm std 4 or 5('75/76)..msa tu jiran sblh agak brada n bila p ke umah dia psgkan piring hitam uji yg bru sgt jdi artis n merakamkan ep pertama...sy masih tringat suara uji sgt nyaring..n d beritahu oleh kwn sy bhw uji sgt d sygi oleh pyanyi datuk sharifah aini krn suara mrk hmpir sama nyaringnya...wajah uji n fesyn rmbutnya pn sgt cntik pd msa itu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...saya Sal..tiba2 jer terbaca entri awak nii..sama jer kisah kita..mungkin umur lebih kurang..sy lahir 1963..mmg sama jer kisah cara kita minat uji..gunting..tampal & simpan..

    sy dari kuantan..saja2 ggogle resepi..oohh..sy pun biasa jer mkn puding raja TOK MAK..dah kenal pun dia ..mmg baik..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Azie..saya sal dari kuantan..tiba2 jer sy terjumpe blog azie..
    cerita tentang uji nii..sebenarnya sama mcm cerita saya zaman remaja..mungkin jgk kita membesar tahun2 yg lebih kurang sama..dulu2 sy mmg minat giler ( pinjam bhs budok sekarang) kat uji..biasalah..gunting..tampal..n renung2 gambar mata bulatnya..

    tapi masa tu budok2..nak beli majalan takder duit..gunting kot surat kbr jer laa..dengar lagu kaset pun dari rumah sebelah..heheheh

    nostalgia zaman remaja..tapi semua tu dah berlalu..

    namun sy masih lagi minat uji..

    ReplyDelete
  5. suara UJI memang lunak dan bertenaga tapi saya tak pasti itu suara ORIGINAL atau bantuan mesin sebab adakalanya penyanyi ni bila di suruh nyanyi live .. hancur je. Apapun setiap lagunya memang enak di dengar .. manja dan berlemak :) Pelik juga kenapa Uji jarang sangat di beri peluang atau di jemput dalam mana-mana program di TV seperti penyanyi veteran lain .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa dia tak blh nyanyi live berbanding artis lain yg menyanyi live pun sama mcm dengar kaset spt Ahmad Jais, M Daud Kilau, Aishah dn ramai lagi. Saya dengar dalam youtube Uji nyanyi dg Siti, tp Siti nyanyi lagi betul. Sedang Uji hanya sibuk melayan peminat, mengajak menyanyi bersama, bukan menyanyi dg sungguh sungguh. Mungkin utk cover kelemahan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.