Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kad Ucapan Hari Ibu Dari Anak anak






Setelah sekian lama tidak menerima kad ucapan dari anak anak, saya benar benar terkejut bila hari ini, anak anak memberi kad ucapan sempena Hari Ibu. Bukan sahaja kad besar yang ditandatangani semua anak anak tetapi juga satu pek pop corn Garrett kegemaran saya. Kebetulan hari ini, saya memasak untuk hidangan makan tengahari anak anak. Hidangan yang saya sediakan ialah Ayam Masak Lemak, Udang goreng butter dan juga Ketupat Sotong.

Saya ada terbaca yang tidak elok menyambut hari ibu  kerana setiap hari adalah hari untuk menyayangi dan mengikuti ibu. Bukan hanya pada hari hari tertentu. Tetapi saya tak kisah kalau anak anak ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu sempena menghargai pengorbanan saya sebagai ibu yang melahir, membesar dan mendidik mereka. Saya akui mungkin saya bukan ibu yang terbaik dek sebahagian masa dihabiskan dengan kerja pejabat. Masa mereka banyak dihabiskan dengan pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun. Kini bila saya mulai relax sedikit, anak anak telah besar dan mereka mempunyai kehidupan sendiri. Kadang kadang saya merasa sangat sepi berada di rumah ini. Saya juga teringin sekali untuk menyuap anak anak makan tetapi apakan daya semuanya telah berlalu.





Walaupun saya kelihatan agak garang tetapi saya mahu anak anak tahu betapa saya sangat menyayangi anak anak. Saya mahu mereka berbahagia, mahukan mereka selamat dunia dan akhirat. Kasih sayang seorang ibu tidak hanya kasih di dunia ini tetapi juga kasih sehingga ke akhirat. Setiap kali selepas solat, saya berdoa semoga Allah mengampuni suami dan anak anak saya. Saya tidak mahu mereka disakiti sampai bila bila.




  
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Kad Ucapan Hari Ibu Dari Anak anak"