Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Haaai Uji Rashid






Uji Rashid adalah nama yang pernah menjadi sebahagian dari sejarah hidup saya kerana sejak di bangku sekolah rendah, saya amat amat meminati beliau. Setiap kali ada majlis dan jamuan, saya pasti diminta menyanyikan lagu Uji Rashid. Hmmm apa lagi, mestilah lagu Semakin Hari Semakin Sayang. Saya juga gila membuat koleksi gambar gambar Uji Rashid yang dikumpul dan ditampal di dalam buku buku.

Selain itu, saya juga pernah menyimpan gambar gambar dan poster Uji yang diambil dari majalah. Semasa masih di sekolah rendah, saya menampal poster ini di sekeliling dinding papan di bilik tidur saya. Masih ingat lagi, arwah ayah telah membakar sekeping poster gambar Uji yang memakai baju mandi di kolam renang. Saya sungguh sedih kerana jika beliau tidak suka saya menampalnya di dinding, saya boleh juga menyimpannya. Maklumlah bukan mudah untuk saya mendapatkan gambar itu. Saya terpaksa membodek dan minta bayar kerana saya ketinggalan membeli majalah berkenaan. Itu dulu tapi kini, saya dapat merasakan keputusan yang dibuat arwah ayah adalah keputusan yang paling tepat. Setelah berpindah ke rumah baru, saya dapati poster poster dan majalah semua telah hilang. Rasanya hubby dah terbuang bersama majalah lama yang telah saya asingkan. Ianya timbul berikutan salah faham semasa mengemas bilik tidur guest. Namun saya tidak mahu lagi menyesali sebaliknya saya ingin redha sahaja. Bersama poster Uji Rashid, juga terdapat majalah yang memaparkan gambar gambar perkahwinan Mazuin Hamzah dan gambar gambar anak beliau selepas berkahwin dengan Pengiran Sufri. Hmm tapi saya malas lagi untuk merasa terkilan.

Berbalik pada cerita Uji Rashid, saya juga membuat koleksi piring hitam nyanyian beliau. Setiap kali hari raya, saya akan menghantar kad hari raya kepada Uji. Ada 2 sebenarnya tetapi satu lagi, tidak dapat ditemui. Ianya meruapakan gambar Uji, Hail, D J Dave dan Sharifah Aini. 




Poskad ini akan terus disimpan bersama surat surat cinta saya selama lamanya. Klik di SINI untuk entri berkenaan surat cinta saya. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Haaai Uji Rashid"

  1. Laaaa....akak orang tangok rupanya...

    BalasPadam
  2. lagu Uji Rashid yang sering saya nyanyikan kalau sedang memandu-
    bila memandang wajahmu..
    hatiku rasa terharu..
    senyuman di bibirmu,menawan kalbu.
    mengapa hanya bayangan..sambung kak Azie..he..he.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sanggup berjauhan
      Andainya kita bersua
      Betapa mesra

      Ku dampingi mu oh sayang
      Hatiku berlagu riang
      Teringat malam dan siang
      Bertambah sayang

      Padam
    2. Kak,

      Lagu ni lah yg saya selalu nyanyi masa kecik2 dulu tapi bunyinya begini:

      Ku dampingimu oh saying
      hatiku belah durian
      teringat malam dan siang
      bertambah saying

      Padam
    3. Apasal lak gitu bunyinya. Apa apa lah asal bahagia

      Padam
  3. Owww...peminat Uji rashid yer... samalah kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha samalah kita. Kalau lagu lagu dalam EP pertama, semua saya suka spt lagu Ku ingin Selalu Di samping mu dan Di manakah Dia.

      Di manakah dia,
      Tak dapat ku cari mu
      Di majlis yang indah
      Meraikan diri

      Oh rupanya kau di sana
      Berjumpa kawan mu
      Kau asyik berbicara
      Tinggal ku di sudut sana

      Padam
  4. Good morning Kak Azie,

    May I ask, if you have any experience in "cabut gigi geraham" and how was it?

    I need to go for a surgery/procedure to remove my "geraham bawah" and I am so scared about this.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Sally,
      Dah tak ingat tapi sejak kecil I suka ke dentist sebab takut kena cabut gigi. Skrg 2 kali setahun mesti ke dentist. Minta doktor bagi ubat kebas banyak sikit supaya tak sakit. Ada doktor suruh cabut 2 geraham atas sebab katanya tak ada fungsi, sebaliknya menyebabkan makanan melekat yg boleh merosakkan. Smp skrg tak buat sb takut

      Padam
  5. Hi Kak,

    Saya dah cabut geraham atas masa bulan February. Doc saya biasanya akan cabut 1 gigi 1 kali. Dia tak mahu kalau cabut lebih dari satu. Memang senang dan murah kalau cabut lebih dari 1 at one time, but nanti seksa lah bila nak makan semua. Cabut gigi atas biasanya lebih mudah dari cabut gigi bawah. Masa saya cabut geraham atas memang tak rasa sakit langsung. Cuma boleh rasa pressure bila doc nak cabut keluar. Memang saya panic walaupun takde rasa sakit. Dlm masa 5 minit dah siap cabut. Cuma kena tunggu dlm 30 minit sebelum cabut untuk ubat kebas berfungsi. Lepas balik dari dentist, terus makan painkiller. Hari seterusnya mmg tak rasa sakit langsung.

    Saya tension ni, pasal nak kena cabut yg di bawah dan perlu surgery. Kalau tak cabut pun tak boleh, masalah sakit kepala dan sakit gusi yg tak sembuh2.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam