Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

27 May 2013

Bilik Study Dr Nana Ain





Wah tanpa disedari, hari ni page view blog saya dah melebihi 3m. Terima kasih atas sokongan semua. Hari ni cuma nak berkisah pasal bilik study Nana. Di sinilah Nana menghabiskan masa sekembali dari hospital sehingga tiba waktu tidur. Asalnya dia minta disediakan meja study di biliknya tapi saya tak setuju kerana mahukan bilik kemas dengan hanya keperluan bilik tidur. Oleh itu, Nana menggunakan bilik study yang juga prayer room ini sebagai tempat dia mentelaah sebaik balik dari kerja. 

Saya tak berani nak mengemasnya maklumlah tuan punya tu tak suka jika ada orang mengubah atau mengusik barang barangnya. Jadi biarkan lah begitu. Nampak tak atas meja tu, siap ada biskut famous amos yang dijadikan kudapan. Lap top nya juga jangan sembarangan orang terutama adik adiknya kalau sekadar nak bermain game. Heee tak boleh. Rak buku disebelah kanan memuatkan majalah majalah saya manakala rak buku di sebelah kiri hanyalah kepunyaan Nana seorang. Dia tak suka barang dan buku buku beliau bercampur dengan orang lain.

Setiap malam kalau nak berjumpa dengan Nana, saya kena datang ke bilik ini. Tapi di kebanyakan masa, saya telah pun tertidur bila Nana balik dari hospital.


10 comments:

  1. Replies
    1. Tak boleh kemas kot sebab banyak buku yang dirujuk dalam satu masa.

      Delete
  2. Ringkas dan padat meja doktor ni yea. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya bekejar masa sekarang, hias seringkas nya yg penting selesa

      Delete
  3. macam workstation kat umah. .sy jerk...sambil buat keje sambil mkn jajan...bila doc nana nak samb study sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah selepas menamatkan housemanship. Apa apa pun tengok pada keadaan

      Delete
  4. Hi Kak,

    The bookshelf looks nice. Is it custom made by the carpenter?

    Regards,
    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sally,
      We just bought at IKEA

      Delete
  5. rumah besar pasti byk biliknya kn kak.sng anak2 nk study.selesa dan tenang.akk buatlah entry setiap bilik dlm rumah akk.bg sy, akk mempunyai citarasa yg tggi dan kreatif dlm susun atur ruang rumah.u'r superwoman kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laila,
      Bila tak ada pembantu rumah ni, agak susah lah sikit nak menjaganya. Nasib baik anak anak jaga bilik dan bilik air masing masing

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.