Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

19 Apr 2013

Majlis Harijadi Azie Di Pejabat





 
Walaupun semalaman kepenatan kerana membantu Juita menyediakan Rainbow Cake dan saya sendiri menyediakan Kuih Seri Muka Delima, namun semua kepenatan berbayar melihat kawan kawan sepejabat seronok menikmati kek dan kuih yang dihidangkan. Rasa puas hati bila dapat menyediakan sendiri terutama kek harijadi.


 



 
Majlis dimulakan dengan ucapan harijadi ringkas dari sahabat saya Encik Kamal selaku Presiden Persatuan Kakitangan Jabatan dan bacaan doa oleh Haji Abdul Hanan. Aduuh malu malu buffday girl bila kawan kawan menyanyikan lagu harijadi sebelum saya memotong kek. Memang saya sebenarnya seorang yang sangat pemalu, cuma saya tidak potray diri saya sebagai seorang yang pemalu. Mungkin sebab itulah saya selalu dianggap sebagai seorang yang sombong. Malahan anak saya sendiri mengatakan muka saya memang nampak seperti muka orang berlagak. Aduuh serius terkejut mendengar feedback sebegitu. Kerana hanya Allah sahaja yang Mengetahui diri saya yang sebenarnya. Saya memang pemalu dan sentiasa merasa rendah diri.








Jika mahu melihat resepi Rainbow Cake klik di SINI dan Kuih Seri Muka Delima di SINI. Ucapan terima kasih tidak terhingga pada anakanda, Juita yang telah menyediakan kek Rainbow yang menceriakan harijadi saya tahun ini. Serius warna warna Kek Rainbow ini benar benar menceriakan hari istimewa saya, malahan ia menjadikan kek ini nampak sangat elegan walaupun pada hakikatnya ia hanyalah kek butter biasa. Selain kek dan kuih seri muka, dihidangkan juga kuih lopes dan juga mee goreng yang disponsor oleh kawan kawan.









Jom layan gambar gambar yang dirakam sepanjang majlis yang dikira sangat manis dalam hidup saya ini berlangsung. Terharu bila ramai kawan kawan sepejabat, facebook dan blog yang memberikan ucapan hari lahir. Hubby dan anak anak telah memberi ucapan harijadi tepat pukul 12.00 tengah malam. Manakala Nana yang sedang bertugas hanya menghantar sms dari hospital kecuali Nelly yang menghantar sms pagi ini. Saya harus bersyukur dengan kebahagiaan yang saya miliki hari ini. Sesungguhnya saya sangat bahagia....








It is so sweet. Kad ucapan dari rakan rakan sepejabat yang membuatkan saya tersenyum setiap kali melihatnya. Love it so much... Dan yang paling membuatkan saya sangat terharu adalah pemberian hadiah harijadi from my boss, Puan Karen. Beliau sangat mengambil berat perkara perkara yang melibatkan staf di bawah beliau. Malahan semasa saya sakit baru ini pun, dia siap lagi mahu menghantarkan buah buahan untuk saya di rumah.






15 comments:

  1. salam azie...
    tumpang seronok lihat kemeriah yang dipaparkan... bertuah dikelilingi insan yang penyayang & mengambil berat akan diri... happy belated birthday buat puan azie... moga hidup sentiasa diberkati Allah S.W.T... amin..

    ReplyDelete
  2. Salam.SELAMAT HARI LAHIR...semoga kehidupan sentiasa diberkati & bahgia bersama insan2 trsayang....Aamiin
    Nampak sedap kek rainbow tu......:D

    ReplyDelete
  3. As salam dear...so touched! tiada apa yg membahgiakan selain dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi & menghargai kita kan.. Did u get my email?
    Love
    su

    ReplyDelete
  4. Selamat harijadi..Kak Azie cayang!.bday girl sgt sweet..terpancar kebahagiaan di wajah Kak Azie...smg sentiasa dlm rahmat-Nya..sy dh lama tak celebrate bday...dh jemu mkn kek kot..hari2 buat kek bday utk org..diri sendiri tak penah dpt kek ..huk..huk

    ReplyDelete
  5. manisnya majlis ulangtahun Kak Azie...

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut ulangtahun hari lahir Kak..
    Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki... :-)

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday....Kak Azie
    Seronok melihat kegembiraan yang jelas terpancar dari raut wajah Azie,
    semoga bahagia bersama insan2 yang tersayang.

    ReplyDelete
  8. selamat harijadi......semoga di pnjatkan usia yg paling dan kesihatan yang baik sepanjang tahun

    ReplyDelete
  9. happy belated bthday kak zie..kek cantik..

    ReplyDelete
  10. salam ziarah. wow bestnya jumpa blog ni. boleh tumpang belajar memasak kat sini. hewhew ;)

    ReplyDelete
  11. happy bithday kak azie...
    rina yr silent reader

    ReplyDelete
  12. Meriah sungguh sambutannya... selamat ulang tahun Azie, moga terus ceria!

    ReplyDelete
  13. Hi Kak,

    Tumpang tanya. Kek saya bila dalam oven sangat gebu dan naik. Bila dah keluar dari oven, bila sejuk, dia kecut. Kenapa macam tu?

    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menunjukkan kek itu bantat. Byk sebab kek bantat.

      Delete
  14. salam kak azie.......bestnya ada family n kawan2 meraikan hari lahir kita kan........moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yg baik...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.