Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

26 Apr 2013

Kenangan Terakhir





Kenangan indah ini tidak mungkin akan berulang kembali. Ini adalah kali terakhir kami berada di kampung semasa musim buah buahan ketika bonda mertua masih ada. Boleh klik di SINI untuk entri berkaitan sebelum ini. Kenangan menikmati musim buah durian yang banyak dan rambutan yang pasti tidak akan dilupa buat selama lamanya. Kebetulan jugalah kunjungan kami disertai oleh semua anak anak yang memang bukan mudah untuk dikumpulkan dek komitmen mereka dengan tugas dan tanggungjawab masing masing. Hubby dengan Boy telah keluar ke pekan untuk mencari bekas bagi membawa balik isi durian yang telah dikopek. Malah sehingga kini, masih terdapat di dalam freezer yang disimpan untuk dibuat kuih muih.

Selama hampir 26 tahun menjadi menantu di rumah ini yang pastinya banyak kenangan suka dan duka. Namun semuanya adalah masa lalu yang tidak mungkin lagi berlaku. Saya tidak mahu lagi menoleh ke masa silam dan hanya ingin meneruskan kehidupan dan mengambil iktibar dan pengajaran di mana mana yang dirasakan baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. 

Pastinya semua yang hidup akan merasai mati. Jadi kita kena menghargai setiap apa yang kita ada dan yang kita lalui hari ini kerana kemungkinan esok kita tidak lagi mempunyai peluang yang sama. Pesan saya pada anak anak, kasih sayang anak anak kepada ibubapa yang sebenarnya ialah anak anak yang boleh memberi manafaat selepas kematian mereka dengan mengirimkan doa sebagai anak yang soleh. Jangan hanya menangisi beberapa hari dan kemudiannya lupa mereka di sana yang sedang menunggu kiriman dari anak anak yang masih hidup. Ingat tu, sebagaimana kita melakukannya untuk ibubapa, begitulah anak anak kita kelak akan melakukannya untuk kita. Semuanya bermula dengan kita sendiri, mula dengan saya. Luangkan sedikit masa untuk berdoa selepas solat dan buatlah amalan serta sedekah jariah yang mengalir kebaikannya dan niat disedekahkan untuk arwah arwah yang disayangi. 



        





Pastinya suasana tidak lagi sama apabila ketiadaan bonda mertua. Rumah pusaka itu juga akan bertukar milik, jadi ianya pasti sesuatu yang amat kekok. Bila menyentuh berkenaan dengan harta pusaka, saya memetik ayat Quran dari surah An Nisa' tentang betapa siksaan pedih menunggu mereka yang memakan harta pusaka secara tidak mengikut hukum syarak. Betapa keras larangan yang disebut kepada mereka yang berbuat demikian. Bila seseorang meninggal dunia, perkara yang perlu diuruskan dari harta peninggalannya ialah membiayai kos pengkebumian, seterusnya memyelesaikan hutang piutang, menjalankan wasiat yang tidak melebihi 1/3 sebelum dibuat pembahagian harta mengikut faraid. Wasiat tidak terpakai kepada pewaris harta kerana hukum faraid adalah mengatasi wasiat. Pewaris harta layak mendapat harta pusaka mengikut pembahagian faraid kecuali dipersetujui oleh semua. Jika tiada persetujuan, maka hukum faraid wajib dilaksanakan. Jadi sahabat sahabat semua, takuti lah perintah Allah. Jangan sesekali berlaku zalim kepada anak yatim dek kejahilan ilmu agama. 




4:10
4:10

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.


Semoga roh beliau dan juga arwah bapa mertua dicucuri rahmat hendaknya...


12 comments:

  1. salam rindu Kak zie...amacam? dh siht k? sy br sempat bw...br tau Kak Azie tak sihat..get well soon ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sayang juga buat Ummi. Alhamdulillah beransur pulih, walaupun saya ni degil tak mahu dengar nasihat doktor yang mahukan saya banyak berehat dan juga elakkan makanan pedas.

      Delete
  2. Sedap nyer tengok buah rambutan tu..kat sini pun mahal.Hari tu teringin sangat makan terpaksa beli QR18 ada dalam 10biji.Seronok kan kak ada dusun sendiri.Terimakasih kak Azie,saya suka semua resepi akak.Banyah yang saya dah cuba.Alhamdulillah semua menjadi dan memang sedap.
    Tinggal di negara orang ni semua kena cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina tinggal di mana? Saya yang tak pernah menetap di negara orang, rasa teringin sekali untuk menetap setahun dua di negara orang terutama di negara negara Eropah

      Delete
    2. Alhamdulillah Kak,sekarang dah 4tahun Kami d Qatar,jiran UAE dubai&Arab.Bila Teringin mknan msia yg best2 kena bukk Google ler.Dulu d msia Teringin pergi kedai jer disini teringin kena buat sdri.Itu yg Seronok.Tapi mmg byk berterima kasih dgn Kak Azie coz your Resepi Semua mmg citarasa Saya Dan keluarga.

      Delete
  3. Salam kak Azie..seronoknya petik jer buah rambutan..tak yah guna galah pon!.Byknya buah durian...seronok kan ada kebun buah-buahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan lalu yg tak mungkin datang lagi

      Delete
  4. assalam k.azie
    yg hidup pasti akan mati itulah yg pasti kan
    manusia selalunya pasal harta mata jadi buta tak nampak pd dosa dan pahala lg
    siap jd rebutan walaupun tahu bkn hak kita
    setuasi yg family sy alami di kala ini k,azie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ramai manusia yg jahil yg sanggup mengenepikan agama, sedangkan hidup mati kita adalah berlandaskan ajaran agama. Pembahagian harta pusaka yg melanggar syarak memang besar dosanya. Apalagi jika memakan bahagian dan hak waris yang lain. Kesian dengan orang sebegini, kerana azab pedih pasti menimpa mereka di akhirat kelak.

      Delete
  5. Sy brsyukur krn harta arwah bapa dpt d selesaikan dlm tempoh 2thn sj..mgkin arwah bapa sy krg brharta n muafakatan kami adik-bradik..jga mgkin krn semasa hidup arwah bapa sy seorg yg pemurah dn senang brkira jdi Allah permudahkan urusan..sy setuju dgn Azie jdikan amalan berdoa n brsedekah ayat2 Al-quran kpd arwah2 yg kita sygi n pernah menyayangi kita jga kpd sekian muslimin/mat yg telah pergi meninggalkan kita, semua itu tnda kita brkasih syg wp kita tak prnah mgenali mrk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tapi ada juga kes harta ciput pun jadi rebutan. Manusia tetap manusia yg sanggup berbuat apa sahaja demi harta sehingga sanggup mengambil hak pewaris yg lain. Membuat pembahagian tidak mengikut hukum faraid pun ada. Ini semua lah kes yang akan dimasukkan api neraka ke dalam perut mereka spt yg disebut dalam surah An Nisa' di atas.

      Delete
  6. Duniaa skrg manusia lebih mengejar harta duniawi.minta dijauhkan semoga kita diglgkan dlm glgan yg beriman.hidup didunia sekejap jer carilah amalan untuk dibawa kesana yg kekal abadi disyurgamu.amin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.