Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 29 April 2013

Jom JJCM Ke Restoran Asam Pedas Segamat







Bila Nelly menanya kalau saya mahu ikut dia ke Segamat untuk mengambil Boy yang akan bercuti semester selama 2 bulan, saya terus setuju. Dalam hati saya berkata bolehlah singgah makan di Restoran Asam Pedas yang memang menjual lauk pauk yang sedap sedap tu. Selain dari sebab nak makan, sebab saya nak ikut adalah kerana nak temankan Nelly. Risau hati kalau dia ke sana sorang sorang. Bukannya dekat Segamat tu. Kami bertolak awal pagi dan sepanjang dalam perjalanan, kepala dok terbayang keenakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Tapi bila teringatkan nasihat doktor supaya tidak mengambil makanan pedas, keterujaan saya menurun seketika.




Selepas mengambil Boy yang telah sedia menunggu, kami terus menuju ke Restoran Asam Pedas yang memang senang jer mencarinya. Dari UiTM terus sahaja sehingga bertemu traffic light di bandar, belok ke kanan. Selepas itu, terus sahaja sehingga bertemu dengan stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, masuk kiri dan terus sehingga restoran yang papan tandanya terpampang besar. Alaaa berhampiran kawasan bangunan KWSP Segamat, lagi senang cerita.

Seperti biasa lauk lauk di sini ialah masakan Melayu. Antaranya ialah masak tempoyak dan masak asam pedas, juga masak lemak cili padi. Banyak ikan ikan, sayur sayuran dan lauk lain juga. Yang itu kena datang tengok sendiri. Pelbagai pilihan tersedia. Pelbagai jenis asam pedas ada dijual, asam pedas ikan sungai, ada ikan mayong yang membuatkan saya meleleh melihatnya. Tapi bila ingat perut yang masih belum pulih, saya hanya mampu menguis nguis ikan di dalam bekas dengan senduk jer. Hmmm macam main main pulak. Tak dapat makan, dapat golek golekkan pun, jadilah.





Selain makan di sana, saya membungkus lauk pauk untuk dibawa balik. Saya membawa balik 5 ketul ikan patin masak tempoyak dan juga sambal tempoyak yang sangat meletup. Masak tempoyak ikan patin ni memang sedap sebab menggunakan ikan sungai. Selain dari itu, saya juga pesan sayur kerabu ulam pucuk selom yang juga sangat sedap. Doktor menasihatkan saya supaya banyak makan ulam ulam berdaun yang merupakan makanan untuk membantu merawat penyakit resdung secara semulajadi.





Untuk makan tengahari di sana, saya memesan Masak Lemak Ikan Baung. Tapi sebab tak boleh makan pedas, saya cuma makan lauk nya sahaja. Sedap sangat. Ikan baung ni merupakan antara ikan sungai yang saya gemari. Setiap kali ke Pahang, saya pasti singgah untuk di RnR Temerloh untuk makan ikan baung.




Harganya pun sangat munasabah kerana saya mengambil 2 lauk dan ulam dan Nelly pula mengambil 2 lauk, harga kesemuanya termasuk lauk lauk yang dibungkus untuk dibawa balik hanyalah RM61. Pada saya sangatlah berpatutan. Di samping itu, setiap pelanggan diberikan percuma semangkuk pengat ubi kayu atau pengat pisang yang sangat sedap. Hari ini mereka menyediakan pengat pisang. Kesedapannya membuatkan Nelly menghabiskan 2 mangkuk. Pengatnya cair putih tapi memang sedap. Nak tahu macam mana sedapnya, kenalah datang sendiri. Terbaeeklah ... Jom JJCM ke Segamat pulak....





5 comments:

  1. assalamualaikum kak azie..ya Allah happening sungguh lauknya..

    ReplyDelete
  2. As salam and morning dear..
    Asam pedas memang tak jauh dengan orang johor ni, its a must orang kata dalam seminggu mesti ada lauk asam pedas he2.

    Take care k.

    Love,
    su

    ReplyDelete
  3. Tak blh makan pedas serasa ilang nikmat kan Azie tpi apakan daya kerana sy pn tak blh makan pedas2 nanti abis segala airmata n air hidung kluar, lepas tu mulalah selsema, stu lg akan bwa kesan pd masalah buasir, sbb kena guna lada besar sj dlm pe jua masakan..tpi mmg tak sama jdinya.

    ReplyDelete
  4. walaupun kerap juga ke segamat tiap kali blk kg.. tp tak perasan pula ada restoren lauk pauk ikan sungai yg sedap tu... nnt boleh ajak ma pegi cari.. hehe..

    t.kasih azie berkongsi info..

    ReplyDelete
  5. memang sedap sis. selalu juga tapaw kat situ before amik anak balik sekolah. salam ukhwah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.