Iklan Nuffnang

26 Apr 2013

Jom Bakar Ikan Dengan Pemanggang Ajaib






Ini adalah entri minggu kedua April iaitu hari pertama saya bekerja selepas bercuti sakit selama seminggu. Doktor menasihatkan saya supaya berehat lagi selama beberapa hari. Tapi saya menolak kerana saya memang sudah restless berada di rumah lama lama. Nanti langsung nak terus cuti sampai bila bila, kan jadi lagi susah. Sebelah petangnya saya sudah mula merasa lemah lemah. Tangan tiba tiba menjadi sejuk beku pulak. Selera makan pulak, belum betul betul pulih. Itulah antara yang menyebabkan badan menjadi lemah.

Teringat pula ada ikan kembung yang hubby beli di Pasar Taman Tun. Jadi saya meminta supaya Juita tolong keluarkan dan dilumur dengan garam yang ditumbuk bersama kunyit hidup. Hari itulah saya berjaya merasmikan penggunaan pemanggang ajaib yang saya beli semasa ke Langkawi tahun lepas. Sejak dibeli, belum pernah sekali menggunakannya. Mudah sekali menggunakannya, letak atas dapur dan nyalakan api dengan perlahan. Bila panas, masukkan ikan dan ditutup. Diterbalik balikkan sekali sekala sehingga masak, bolehlah diangkat,






Kalau semasa kecil kecil dulu, bila sebut jer ikan bakar, yang terlintas di kepala ialah ikan yang dilumur garam kunyit dan diperap seketika sebelum dibakar atas dapur arang. Kalau ikan yang dibakar tanpa garam kunyit dipanggil ikan tawar. Dulu dulu, saya tak reti pun makan pencicah air asam kerana ikan tawar itu hanya dimasukkan ke dalam budu yang dilenyek cili padi dan asam limau nipis. Ada masa dimasukkan juga seulas dua durian. Bukan tempoyak tau, tapi durian. Kemudian budu tu dimakan dengan ulam ulam yang dicicah ke dalamnya. Tapi kalau di sini, ikan bakar adalah merujuk kepada ikan bakar yang dicicah dengan air asam. Kadang kadang makanan yang sama tapi cara ianya dimakan adalah berbeza.




Bila sakit dan tak sihat macam ni, hanya masakan Kelantan jer yang dapat membangkitkan selera saya. Haa siaplah sudah ikan bakar yang dibakar menggunakan pemanggang ajaib. Sekejap sahaja membakarnya dan memang terasa seolah ikan yang dibakar di atas arang. Hmmm sedap, saya makan ikan bakar dengan nasi kerabu. Jom jom kita makan...


7 comments:

  1. kak azie dapat air asam ni..xmo lauk lain dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini, memang tak dicicah air asam. Terus makan gitu jer

      Delete
  2. salam perkenalan,

    cari resepi mee hailam tadi maka terjumpalah kita blog ini.

    dah mula tertarik ni..sana ..sini semua dah mula guna pemanggang ajaib :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemanggang ni boleh dibuat membakar kek dan kek cawan juga. Macam macam macam kemudahan skrg ini

      Delete
  3. Azie, ever since buying that bottle of budu, I am really gila makan ikan panggang with budu. It is so appetizing, sedap gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budu sedap dilenyek cili padi, perah asam limau. Letak sedikit isi durian. Hmm sedap

      Delete
  4. Saya pun ada bli jgk pemanggang ajaib ni, tercari2 resipi utk di masak.. Bukak google dan terjumpalah blog akak, simple je tp nmpk sedap...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.