Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 20 April 2013

Hadiah Harijadi Buat Azie







Hari ini adalah hari penamaan calon PRU13. Selamat berkempen kepada semua calon calon bertanding. OK sekarang kita nak bercerita berkenaan dengan hadiah. Menerima hadiah lebih lebih lagi pada hari jadi adalah sesuatu yang sangat mengembirakan tanpa mengira berapa nilai, cantik atau tidak dsb. Yang penting sekali adalah ingatan dari yang orang memberi hadiah, membuatkan kita yang menerima merasa sangat terharu dan berbesar hati.


Sempena hari jadi saya kali ini, saya menerima hadiah yang sangat istimewa dari boss saya. Set wangian dan penjagaan badan dari jenama mewah Crabtree & Evelyn yang di pack dalam bekas velvet yang boleh digunakan untuk menyimpan koleksi jewelry. Serious, I was so speechless. Rasa sangat sayang untuk membuka ikatan riben yang cantik walaupun kawan kawan memujuk supaya membukanya. Sebab ianya terlalu cantik dan terlalu istimewa





Sebaik Nelly balik dari pejabat terus dia minta supaya dibukakan. Seperti biasalah dia dah tak sabar sabar untuk melihatnya. Dia siap kenen kenen lagi untuk mendapatkan satu dua barang di dalamnya. Tapi maaflah yang ni, memang tak boleh diberi kerana ianya hadiah dan pemberian.




Semasa makan malam sempena meraikan harijadi saya di Chillis One Utama, hubby telah membuat kejutan dengan ingin membelikan apa apa hadiah yang saya mahukan. Kebiasaannya, dia akan membeli sendiri. Akhirnya saya membeli beberapa helai baju di Butik Zara yang merupakan butik kegemaran saya dan anak anak selain British India. Kami adalah pelanggan Zara yang terakhir untuk hari itu. Bila keluar, mulalah senyum sampai ke telinga. Terasa diri dihargai dan disayangi....





13 comments:

  1. cinta itu indah.....tapi ingatan dari seseorang tu di ingati hingga ke ahir hayat...seronok dapat shopping!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nikee. Dear,I have sent a request to be your facebook friend.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak.... selamat ari lahir... moga berbahagia sentiasa.... cantiknyer adiah tu

    ReplyDelete
  3. selmat mlm kak azie..
    aduh..bertuahnya seorang wanita seperti kak azie..
    dapat melalui fasa2 indah seorang wanita dlm kehidupan dgn gambaran yg mbahagiakn..
    ibu yg penyayang..isteri yg dicintai..staff yg dihargai..sempurna..Cek Ah tiba2 miss dgn aruah mak bila tgok pic kak azie dgn hubby kak zie..doa moga kak azie bahagia meniti kehidupan dikelilingi insan2 trsyg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dg apa yg dikurniakan. Al fatihah utk arwah bonda Che Ah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah

      Delete
    2. terima kasih kak azie al fatehah unt aruah bonda Cek Ah...

      Delete
  4. Selamat hari jadi kak azie, barakallahu fiq

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Azie... bertuah dikelilingi insan2 yang menyayangi... semoga berbahagia selalu...

    ReplyDelete
  6. ~>>Hepi besday Sis Azie... moga dikurniakan kesihatan yg baik, berbahagia disisi insan2 tersyg dan sentiasa diRahmati Allah SWT dlm kehidupan... Amin Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.