Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

18 Mac 2013

Paru Hati dan Jantung Goreng Kicap





Hari Sabtu yang lepas saya menyediakan juga campuran hati, jantung dan paru goreng kicap untuk hidangan tengahari. Masakan goreng simple ini saya belajar dari rakan sekerja Norfaezah lama dulu, masa saya masih belum kerap ke dapur pun. Yang berbeza dengan apa yang saya sediakan sebelumnya ialah penggunaan cuka. Kalau menggoreng daging masak kicap pun macam ni lah juga caranya. Cuma ianya tak berkuah sangat. Kalau mahukan berkuah, bolehlah tambah air. Biasanya kalau untuk masakan kicap berkuah, caranya lain sedikit. Bahan yang digunakan juga berbeza.


Tapi agaknya sebab terlebih sedap sehingga saya tak sempat makan satu pun. Bila buka saji, tengok pinggan pun dah tak ada. Aduhaai tak ada rezekilah nampaknya. Hubby kata, dah anak anak suka, biarlah depa makan. Kalau depa tak suka, nanti tak habis jadi membazir pulak. Huhuhu tak ada rezeki lah tu. hmm redha jer lah, lagi pulak inilah pengorbanan untuk anak anak kan. Kat rumah ni, apa apa jer masakan berkicap memang menjadi kegemaran anak anak. Sedang saya pulak, tak suka sangat masakan berkicap. Bila dah tak berapa suka, jadi kurang jugalah saya memasaknya.



Paru dan Jantung Goreng Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Paru, jantung dan hati
Kicap
Cuka
Bawang besar - mayang
Cili hijau - hiris
Daun sup - hiris
Garam
Serbuk kunyit

Cara cara:
Lumurkan bahan di atas dengan garam kunyit dan biarkan seketika. Masukkan ke dalam kuali dan masakkan dengan sedikit air sehingga air kering.

Masukkan minyak ke dalam  kuali dan goreng sehingga garing. Masukkan cuka, kicap, bawang besar dan cili hidup. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Jika suka, tabur daun sup.




Selamat menjamu selera...


16 ulasan:

  1. even simple mmg sedap ni dan KA pun selalu masak kicap letak sedikit cuka !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai bertanya apa apa fungsi cuka kalau KA tahu? saya cuma ikut jer apa yg diajar.

      Padam
  2. kak..pebret kita ni..sedapnye..

    BalasPadam
  3. Saya pun suka kalau hati paru dimasak sebegini. Kalau tak ada lauk lain pun tak apa..tak pernah masuk cuka kalau masak sebegini..apa fungsinya Kak Azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti pulak. Saya ikut jer apa yang diajar oleh my friend. Kalau masak daging pun, saya buat camni jugak.

      Padam
    2. Cuka utk buang bau hanyir. Btw sdap recepi ni

      Padam
  4. Salam Kak Azie yang comel.. hehehehe..
    sy sangat suka makan masakan hati masak gini tp x pandai nak masak sndri sbb bila masak hati selalu nyer akan jadi pahit. adakah kak azie letak cuka tu utk x nak bg hati tu rasa pahit? or kak azie ad petua lain maybe.. pls share :)

    from,
    izati kemaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izati, saya pun tak pasti apa fungsi cuka tu. Tapi itulah yang diajar oleh my friend. I ikut jer. Cubalah

      Padam
  5. Sedap Azie, saya suka masakan yang berkicap... pada saya membuka selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah dengan anak anak kami

      Padam
  6. as-salam azie, buleh tau cukanya kena letak byk mana? tq?- nur uae.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tuang dari botol, tk sukat pun. Dlm anggaran 1/2 sudu besar jer kot.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.