Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 16 March 2013

Jom Buat Karipap Ayam Frozen




Hari Ahad lepas, betul betul hari yang tak produktif, cuma asyik makan tidur sahaja. Kalau hari hari seperti ini, memang haru jadinya. Macam mana kalau saya tidak bekerja, nak buat kerja rumah yang lasak badan pulak dah tak larat. Aduhaai.....

Sambil saya melayan layan blog masakan menggunakan ipad, Terpandang lak gambar karipap, teruslah saya ke dapur memyediakan karipap kerana masih ada baki ubi kentang dan ayam yang dibeli semasa membuat Chicken Pie baru baru ini. Klik di SINI untuk melihat resepi Chicken Pie yang saya buat untuk tempahan. Saya memang dulu dulu rajin membuat karipap terutama masa masih mempunyai Pembantu Rumah. Selepas menyiapkan inti dan pastri, dia tolong saya untuk kelim karipap sehingga siap. Tapi sejak dah tak ada pembantu rumah ni, agak kurang lah membuatnya. Tapi itulah bila difikirkan karipap yang dibeli tak ada yang menepati selera, terpaksalah juga gagahkan diri. Hahaha demi melayan tekak sendiri. 


Hari ini saya membuat agak banyak juga karipapnya kerana memang hajat hati nak dibuat karipap frozen. Bolehlah disimpan untuk Boy kerana dia memang sukakan karipap sejak dulu lagi. Haaa siapa nak tahu cara menyimpan atau membuat karipap frozen, kenalah baca sehingga ke akhir entri ini ya.

Hari ini kerja saya menjadi sangat mudah kerana Nana membantu mencanai, saya mengisi inti, mengelim dan Juita pula menggoreng. Tapi hari ini, memang kena pejam mata lah tengok hasil kerja saya, memang saiznya besar besar dan kelimnya pun main hantam jer. Janji siap cepat dan janji sedap dimakan. Bila ada kerjasama, semua kerja menjadi mudah giteww. Kalau nak tahu petua petua untuk menggoreng karipap, boleh klik pada entri Karipap Sardin di SINI. Karipap sardin adalah karipap kegemaran kami sekeluarga hingga tadi pun Juita bertanya kenapa tak dibuat karipap sardin. Aduhaaai...


Sebelum melayan resepi, saya nak kongsikan sedikit berkenaan dengan kuliah zohor oleh Ustaz Noralif yang antara lain disebut bahawa solat adalah ibadat asas tapi bukan segala galanya. Asas sebab kita wajib melakukannya kerana solat adalah tiang agama, tanpa solat tiada lah agama. Amalan lain hanya akan dikira sekiranya amalan solat beres semuanya. Namun begitu, ia bukan segala galanya. Makna nya masih ada kewajipan lain yang perlu dibuat seperti berpuasa, menutup aurat, berzakat dsb. Ada orang yang fasik yang walaupun bersolat tapi masih tidak menutup aurat. Mereka tahu kebenarannya iaitu wajib menutup aurat tapi mereka tidak melakukannya. Mereka cuba menolak kebenaran seperti mana orang orang Yahudi yang menolak kebenaran. Haaa cukuplah perkongsian tazkirah untuk kali ini. Di samping membaca resepi, elok juga kita menjamu minda dan rohani kita dengan sedikit ilmu agama...





Karipap Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
1 cawan minyak masak
2 sk garam
400-450 ml air 

Cara cara:

Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas. 


Tuangkan ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut.

Rehatkan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk. Canai doh dan bentukkan karipap.




Bahan Inti:
7 biji ubi kentang - potong dadu
8-10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - potong dadu
3-4 sudu besar serbuk kari daging - bancuh dg air
3 ketul dada ayam - potong kecil 
2- 3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris
Sedikit bawang besar - tabur
Garam
Gula 

Cara cara:
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh masak. 

Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan tumis lagi sehingga garing.

Bila naik minyak, masukkan ubi dengan kentang. Tuang sedikit air dan biarkan merenih. Apabila air hampir kering dan kentang hampir masak, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan daun sup.  Masukkan garam dan gula secukupnya. Sejukkan inti sebelum dibentuk menjadi karipap.

Goreng dan bolehlah dihidangkan panas panas. Jangan lupa tengok cara menggoreng ikut link di atas ya






Cara Membuat Karipap Sardin Sejukbeku
Untuk dibuat karipap frozen, saya suka bakar dalam oven dalam 10 minit atau goreng separa masak karipap yang siap dibentuk. 





Angkat dan toskan atas tuala dapur. Kemudian sejukkan sebelum disimpan di dalam freezer bag atau bekas bertutup. Bolehlah disimpan dalam peti beku. Haa tengok tu, dah tinggal sedikit sebab pagi, petang, siang dan malam, anak anak saya menggoreng karipap yang disejuk beku...









18 comments:

  1. bestnya K.Azie..Adda pun baru wat untuk frozen semalam..pagi ni baru goreng..

    ReplyDelete
  2. sedapnya... lama kak rose x buat karipap. sejak kena cts, tangan x larat nak uli tepung! kesian kan.

    ReplyDelete
  3. salam sis.. sememangnya malaysian curry puff ni memang tak ketinggalan buat minum petang :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal kak azie...sedapnya tgk karipap tu...tak penah buat sendiri..selalu mak yg buatkan..hehe..bila2 blh la experimen sendiri..

    ReplyDelete
  5. kalau kita nk bakar dlm oven sblm difrozenkan, berapa suhu yg diperlukan?

    ReplyDelete
  6. Azie, that's a great tip! Always very convenient to have some in the freezer :)

    ReplyDelete
  7. salam kak azie, thanx sebab share tips..

    ReplyDelete
  8. saya suka karipap...tp nk buat..aduss.. tp kene try la.. thank for ur sharing

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum
    nak tumpang tanya, berapa lama karipap frozen boleh tahan?

    tima kasih :)

    ReplyDelete
  10. sy suka sgt mkn karipap n selain dr suka mkn karipap sy juga mencari ejen bg sesiape yang berminat n blh hubungi sy di no 0129961835

    ReplyDelete
  11. salam k.azie..kena rebus dlu ek utk bt karipap frozen tu?

    ReplyDelete
  12. Selain mengoreng, boleh tak bakar Salam oven?

    ReplyDelete
  13. berapa hari boleh tahan kak

    ReplyDelete
  14. nak tnye selama 4 bulan boleh bertahan x ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.