Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Mac 2013

Ford Fiesta Putih, Kereta Pilihan Nellisa



Tahun ini ialah tahun di mana 2 orang anak kami mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Nellisa mula bekerja dalam bulan Januari dan Nana dalam bulan Mac. Sejak masih belajar, Nelly membawa kereta ke kolej. Oleh kerana kereta BMW memerlukan perbelanjaan minyak yang agak tinggi setiap hari, maka sejak awal tahun lagi Nelly meminta dibelikan kereta baru yang lebih kecil untuk memudahkan dia membawanya ke pejabat. Setiap masa, dia begitu teruja apabila melihat kereta Ford Fiesta yang dijumpai di mana mana sahaja atau di jalan raya. Hari ini impian Nelly menjadi kenyataan dan sebagai permulaan, dia mengambil saya balik dari pejabat dengan kereta barunya.






Inilah kereta comey untuk Nellisa yang nombor pendaftarannya 799 mengikuti kehendak saya. Hahaha hepi sangat sebab akhirnya ia didaftar atas nombor plat pilihan saya. Nelly sebelum ini bertegas mahukan nombor pendaftaran 272 mengikut tarikh lahir beliau tapi ianya telah tiada lagi. Kenapa 799? Hmm pertamanya kerana ianya menyamai nombor pendaftaran kereta Alphard kami,  keduanya kerana nombor 9 adalah nombor rumah kami, Villa Nur Qaseh dan akhir sekali, kerana saya memang menyukai nombor 9, selain dari nombor 8 dan3.

Untuk Nana pula, saya berpesan supaya jangan membeli kereta tetapi sebaliknya menabung untuk dibuat duit muka pembelian rumah. Ini adalah kerana pelaburan dalam hartanah adalah pelaburan yang memberi pulangan tertinggi sekarang ini. Tapak tanah kediaman kami yang dibeli pada harga suku juta telah naik melebihi 1 juta dalam masa hanya 14 tahun. Bayangkan jika dulu saya mampu membeli beberapa lot, haa alangkah kaya saya sekarang ini. hahaha apa apa pun kaya itu subjektif kan? Jutawan itu mungkin tidak memberi apa apa makna lagi dengan nilai duit semasa yang semakin mengecil. Apalagi dalam kes saya yang hanya akan bergelar jutawan selepas pencen. hohohoho lama lagi tu. Ye lah, kami ni bukan lahir dalam dulang emas, tapi semua dengan usaha dan titik peluh sendiri... Cukuplah seadanya. Syukur Alhamdulillah.....


6 ulasan:

  1. apapun berpokok pangkal dari usaha sendiri jugak.. tahniah & semoga terus berjaya :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kak;)
    suka jugak tgk ford fiesta.nampak cun je bila gegirl drive kan :)
    semoga akak sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, yg penting perbelanjaan minyak dpt dijimatkan. Maklum budak baru bekerja, gaji pun tak banyak mana

      Padam
  3. tahniah buat Nellisa... mesti bersemangat nak pergi kerja dengan kereta baru. Saya hanya mampu pakai kelisa semasa mula2 bekerja...huhu... Kat jepun suka sgt Toyota Caldina... harga di jepun murah tapi di Msia nampak mewah jika dipandu oleh orang bujang...hehe...tapi tak sesuai la untuk kami yg dah berkeluarga dan beranak pinak ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita. Masa kerja dulu, beli kereta second hand jer. Anak anak sekarang lebih beruntung mempunyai parent yg berkerjaya yg boleh membantu.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.