Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

12 Mac 2013

Alhamdulillah... Terima Kasih Nuffnang






Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Hanya ini yang mampu saya ucapkan. Saya sangat sangat bersyukur kerana selepas setahun setengah berblogging, akhirnya blog saya mendapat iklan CPUV (Cost-per-unique-visit) yang pertama. Campaigns CPUV ini adalah iklan dari banner di mana pengiklan membeli daripada blog kita mengikut bilangan kunjungan unik (unique visitors). Hmmm betul ke gitu keterangannya. Kalau tak betul, harap boleh kasi lagi terang ya, kawan kawan blogger. Sejak berblog saya langsung tak mengambil kisah pasal iklan Nuffnang sehinggalah bila saya berazam untuk menyalurkan sebahagian hasil dari blog untuk tujuan kebajikan, saya mula membaca berkenaan dengan Nuffnang dan juga entri yang dibuat oleh kawan kawan berkenaan dengan Nuffnang.  

Ya Allah, sungguh gembira kerana akhirnya pada hari ini, blog saya telah mempunyai iklan CPUV. CPUV pertama ini adalah dari Pusat Pungutan Zakat seperti mana yang kita sedia maklum bahawa zakat adalah salah satu dari Rukun Islam yang lima. Selain itu, zakat adalah sangat dekat di hati kerana setiap bulan apabila menerima gaji, saya pasti melihat potongan zakat di dalam payslip saya. Saya bersyukur kerana Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah memudahkan kita untuk membayar zakat tanpa perlu bersusah payah untuk ke pejabat mereka. 

Syarat wajib zakat: Apa dia syarat wajib zakat? Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

So kawan kawan blogger, pembaca blog Azie Kitchen dan blog Azie Shoppe termasuk silent readers yang dikasihi, harap dapat singgah di blog Azie Kitchen dan blog Azie Shoppe dan sambil melayan entri dapat juga memberi kerjasama untuk klik iklan Nuffnang yang ada di blog saya ya. Maklumlah saya sendiri, sebelum mempunyai blog, langsung tidak tahu apa apa mengenai iklan ini, jadi saya pun tak pernah klik. Di samping itu, jom kita sama sama meningkatkan ilmu pengetahuan kita berkenaan PPZ, jenis jenis zakat, faedah zakat dsb dengan klik di SINI.  

Serius hari ini semangat saya lagi berkobar kobar untuk terus berblogging dengan berkongsi entri entri berkenaan masakan, percutian, famili dan juga ilmu ilmu agama dari masa ke semasa. Sebelum mengakhiri entri ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sokongan semua. Tanpa anda semua, pastinya tiada pengiklan yang sudi untuk meletakkan iklan mereka di blog Azie Kitchen dan Azie Shoppe. Sekarang ini saya sedang belajar berkenaan dengan GA juga yang akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak. Love you all so much.....

Sebelum lupa, jom kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada wira wira negara yang gugur di dalam Operasi Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dalam membenteras penceroboh dan pengganas Sulu. Semoga segalanya berakhir dan Sabah khususnya Lahad Datu kembali aman... 



20 ulasan:

  1. tahniah. moga terus murah rezeki dengan NN selepas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ciklaili, rasa macam mimpi pulak. Tak putus putus, saya mengucapkan syukur. Ianya menambahkan semangat saya

      Padam
  2. Insyaallah saya tetap akan menyokong Azie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Ulfa. Love you so much...

      Padam
  3. TAHNIAH, teruskan usaha murni...semoga diberkati. Amin.

    BalasPadam
  4. As'salamualaikum Azie... Alhamdulillah. berusaha kejalan yang murni akan sentiasa dibalas dengan kebaikkan.

    BalasPadam
  5. semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Kak Azie sekeluarga, Aminnn.

    BalasPadam
  6. Semoga selepas ini lebih murah rezeki Azie, insyaAllah.
    Nuffnang ni kena rajin blog walking juga kan?

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..n tahniah juga.teyibe tringat cek nuff tak sampai2 neh.aiseh.hehehe
    Dan alfatihah jugak

    BalasPadam
  8. pertama sekali tahniah kak .. :)
    ini adalah reply dari pertanyaan akak dalam blog saya..
    Kenapa tiada banner yg keluar, jgn risau, banner tu akan keluar pada bila-bila masa pada masa kemuncak dan kalau tak keluar jugak, akak kena tengok di mana sebenarnya tempat yg betul untuk meletakkan banner jenis header..
    Cara pengiraan CPUV bukanlah seperti CPC yg mengguanakan CTR (Click Through Ratio) ..tetapi, mengira setiap unique visitors (UV) yg masuk .. jika ramai yg masuk dan memberi trafik berkualiti (UV), maka makin banyaklah pendapatan akak :) itu sahaja dari saya..

    Kalau ada apa2 musykil boleh tanya secara terus kepada saya ..

    BalasPadam
  9. Askm, terima kasih singgah. Berkenaan CPUV tu saya kongsi apa yg saya tahu dari pengalaman sendiri. Alhamdulillah dah dpt CPUV kan? Tahniah. Mungkin sebab niat ingin membantu ;) bila dah dpt CPUV. Nak tingkatkan pendapatan kenalah buat blogwalking, segmen atau GA utk tingkatkan trafik dan unik visitor. Semoga peroleh apa yg dihajatkan :)

    BalasPadam
  10. Itu namanya rezeki...aminn..moga bertambah-tambahlah readers akak ya.

    BalasPadam
  11. moga niat n usaha yg baik diberkati Allah n d prmudah semua urusan Azie

    BalasPadam
  12. Assalam Kak Azie,
    alhamdullilah, semuga niat akak diteruskan..
    dah lama tak singgah sini..tahniah buat Dr Nana kerana dah mula bekerja ya..suka tengok anak2 teman2 yang telah berjaya..harap2 anak2 kita pun begitu juga insya allah...:)

    BalasPadam
  13. Salam kak,
    Kempen CPUV tu akan keluar diiklan yg terletak di atas blog. Mmg kejap ada kejap takde, bergantung pada trafik :) kdg ikut suka juga dia nak keluar masa bila ;)

    BalasPadam
  14. tahniah...jawab persoalan akk..kalau akk nak privatekan blog..akk pergi je dkt setting blog yg akak nak private tu nanti ada blog readers tukar ke only blog authors dan save.bagi nak repost entri just cari entri yang akak nak post tu..edit>publish on..kat situ klik automatic..then done..lepastu tekan update..itu je..harap membantu :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.