Iklan Nuffnang

15 Feb 2013

Masakan Pahang Di Tepi Sungai - Part 5



Semalaman tak dapat melelapkan mata kerana perut terasa seperti masuk angin. Pagi pagi buta, bangun mencari ubat angin sebelum kembali melelapkan mata. Baru teringat, dalam perjalanan dari KT, saya banyak makan makanan berpulut. Pagi saya bersarapan dengan nasi dagang, dalam perjalanan kami singgah membeli lemang. Seperti biasa, lemang bahagian kepala menjadi kesukaan saya. Sesampai di Kuantan pula, saya membeli pulut bakar dan makan 2 ketul juga. Semasa makan di Taman Gelora, saya sekali lagi makan nasi dagang yang saya bungkus dari Warong Kak Pah di Pantai Batu Buruk. Haaa tengoklah berapa banyak makanan pulut yang telah saya makan sepanjang hari. Jadi bayangkan lah, mana perut tak kembong kalau makan ikut suka jer...



Selepas solat subuh, saya kembali tidur kerana semalaman tak boleh tidur. Bila terjaga tengok semua anak anak sudah siap untuk bersarapan. Saya pula hanya ingin makan yang ringkas sahaja kerana bercadang untuk makan di gerai yang menjual lauk masakan Pahang di tepi sungai yang dikatakan sangat sedap.




Sesampai di sana dalam pukul 11.00, banyak lauk yang sedang dimasak di atas dapur termasuklah Ikan Patin Buah yang dimasak tempoyak. Jadi kami terpaksalah menunggu sehingga ianya masak. Hubby memesan 2 keping ikan patin buah dengan harga RM20 sekeping. Selain itu, hubby juga membeli daging masak kicap dan Paru goreng berlado. Banyak lagi lauk lain yang saya ingin beli tetapi kami terpaksa bergegas balik untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.  



















Akhirnya selepas hampir 4 jam perjalanan, kami tiba di rumah. Segera memasak nasi dan makan dengan lauk yang dibeli dari Warong Pak Akob Patin House. Puas hati walaupun hajat nak membeli ikan Kerai tak kesampaian kerana harganya terlalu mahal. Harga sekilo ialah RM120 dan semua yang ada ikan  kerai bersaiz besar yang melebihi 1 kilo. Jadi tak mahulah berboros begitu hanya untuk seekor ikan. Dalam hati berkata, lain kali jer apabila kami makan secara panas panas di situ, barulah sedap dan berbaloi. Apa apa pun, Alhamdulillah... dengan rezeki yang dikurniakan. Memang cuti cuti ini tepat sekali sebagai cuti Jalan Jalan Cari Makan kerana tiada agenda melawat tempat bersejarah, pantai yang cantik dsb melainkan hanya makan makan dan makan...





8 comments:

Marsita yahya said...

wow, byknya mkanan

Azie said...

Ini pun baru separuh yg siap dimasak. Ada banyak lagi.

Madam Yana said...

Puan,
kalau nak beli ikan kerai yang murah, baik ke Pekan Sehari Temerloh.
Patin pun ade, sangkar or yang ori(^_^)

Azie said...

Yana,
aduh jauh pulak kalau nak ke sana

Zura Lee said...

hadooiii zura ni mmg suka betol mkn ikan patin gulai tempoyak... mmg mabeles sgt !!

Azie said...

Mmg mabeles lebih lebih lagi ikan patin buah dr sungai yg tak hanyir langsung

Anonymous said...

gerai ni kt mn? sedapnyerrrr

Azie said...

Tepi sungai dan terletak di belakang bangunan. Tak pasti apa nama bangunannya. Kali pertama ke sana. Warong Pak Akob Patin House