Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

18 Feb 2013

Aduhaai Pokok Betik Kesayangan Ku











Buah betik adalah antara buah buahan yang tidak saya gemari. Saya pun tak tahu kenapa. Semasa kecil, saya lebih suka makan betik muda yang dicicah dengan cuka, garam, gula, belacan dan cili padi yang dipanggil ccollet. Tapi sejak berpindah ke rumah ini, buah betik yang ditanam oleh Agus, bekas pekerja kami telah mengubah segalanya. Betik ini sangat lain dari betik yang pernah saya makan. Ianya tidak lembik, isinya yang manis sangat sedap pada selera saya. Selain dari pokok ini, ada satu lagi pokok betik yang saya rasa dari benih berlainan kerana bentuk buahnya yang agak bulat dan rasa isinya tidak sesedap buah betik dari pokok betik kesayangan saya ini. Batang pokok betik ini kecil dan tidak banyak menghasilkan buah walaupun pokoknya sudah tinggi.








Setelah beberapa tahun berjasa dengan membekalkan kami sekeluarga dengan buah betik segar yang sangat sedap, akhirnya pokok betik tersebut dah tinggal batang sahaja. Semalam hubby dan Boy telah memotong batangnya setelah saya berulang kali meminta dia berbuat begitu. Memang sayang kerana ianya masih berbuah dengan lebat. Malahan semasa dipotong, masih terdapat hampir 35 biji buah betik dari yang kecik hingga yang hampir masak. 









Pokok ini dah banyak berjasa, malahan buahnya dah sampai ke merata tempat apabila saya membawanya ke pejabat, membawa balik ke Kelantan dan merata tempat lagi. Namun apakan daya disebabkan ketiadaan ilmu berkenaan pokok betik, pokok saya dah menjadi terlalu tinggi sehingga lebih tinggi dari atap tingkat bawah rumah kami. Saya hanya dapat melihat buah betik yang masak ranum dari tingkap pantri di bilik tidur saya. Saya pada mulanya hanya ingin membiarkan buahnya menjadi makanan burung dan ayam sahaja, tetapi selepas mendapat komen dari kawan kawan fb, saya memutuskan untuk menebangnya. 

Banyak sebab selain dari mengharapkan cabang baru akan tumbuh, juga kerana buah yang gugur mengotorkan pagar rumah dan juga merosakkan pokok pokok di bawahnya seperti pokok kari dan anak pokok betik yang sedang membesar. Saya membaca satu artikel dalam blog yang memberitahu tindakan beliau yang memotong batang betik telah berjaya menghasilkan cabang baru tetapi batang yang ada perlu ditutup dengan tin supaya air tidak masuk ke batang betik. Jika air masuk, ianya akan menyebabkan batang betik yang berongga itu menjadi reput.









Berita yang mengembirakan saya ialah apabila anak pokok betik yang saya percaya dari benih yang sama telah mula berbuah. Kini saya sedang menunggu masaknya buah sulung dari pokok tersebut. Anak pokok ini mungkin tumbuh dari biji buah betik yang jatuh ke tanah selepas dimakan oleh burung burung. Alhamdulillah kerana ianya tumbuh sendiri tanpa saya perlu menanamnya. Namun kali ini, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, sebelum ianya naik tinggi, saya ingin memotong pucuknya seperti yang diajar oleh sahabat saya, Abdul Hanan. Katanya dengan cara itu, pokok betik tidak akan naik tinggi, sebaliknya akan mengeluarkan beberapa cabang yang kemudiannya akan menghasilkan buah. Mudah mudahan begitu. Doa doakan semoga ianya akan berbuah dengan lebat. Sesungguhnya tidak sia sia berbudi kepada tanah....






10 ulasan:

  1. Salam Azie, sayang nya buah tu.... boleh buat somtam, jeruk atau masak sayur air pun boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ada kuning sikit tu, rasanya boleh masak. Yg lain tu muda sgt. Klu buat pun, tak ada yg makan

      Padam
  2. Aslmkum sis Azie
    sy pun suka betik muda cicah...buat colek gitu....sedap. lebat sungguh buahnya....
    betul tu betik sedap juga buat somtam....ratah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh somtam tu macam mana rupanya. Pernah dengar tp tak tahu rupanya. Nnt nak google

      Padam
  3. Kak Azie

    Sy dah lama x mkn betik. Rindunya! Especially collek betik. Sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Lama tak pekena ccolek

      Padam
  4. hi,nak tny...kalu pokok betik yg baru membesar tggi paras lutut..terpotong tgh nya...putus dua la kiranya..agak2 yg tertanam tu still blh tumbuh and grow up lg x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Yg ini mmg saya tebang sb terlalu tinggi

      Padam
  5. Salam Kak Azie, saya selalu silent reader blog Akak..
    Klu saya dapat betik muda & mengkal mcm ni, saya buat rendang..ini masakan tradisi Negeri Sembilan.

    BalasPadam
  6. Salam Kak Azie, klu saya , betik muda & mengkal tu saya buat rendang..ini masakan tradisi Negeri Sembilan..mmg sedap sgt..saya baru berkira2 nak buat rendang betik tiba2 ternampak betik2 Akak ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.