Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perfect Vanilla Cupcakes Tempahan


Perfect Vanilla Cupcakes


Sesungguhnya Allah lah yang memberi rezeki dengan adil kerana Allah Maha Adil. Adil di sini bukan bererti sama untuk semua orang tetapi memberi mengikut kelayakan masing masing. Siapa yang layak mengukur kelayakan seseorang? Bukan kita manusia tetapi hanya Allah yang menentukan kelayakan masing masing. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya tidak berkeluh kesah. 

Jika kita tidak diberi sesuatu, pasti sekali kerana ianya bukan yang baik untuk kita dan kita akan diberikan dengan sesuatu yang lebih baik. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha dan bertawakkal. Hanya ini yang saya ingin coretkan supaya saya lebih tenang menjalani hari hari mendatang. Perkara ini bukanlah perkara baru tetapi sebagai manusia yang lemah, kita perlu diperingatkan dari masa ke masa. Need to reinforce.

Kali ini di samping mendapat tempahan untuk Red Velvet Cupcake lagi, kami juga mendapat tempahan untuk Vanilla Butter Cupcake pula untuk majlis makan makan di pejabat. Walaupun saya telah menemui resepi Vanilla Butter Cake yang sangat sesuai dengan selera yang telah saya buat hari minggu lepas di SINI, namun ianya tidak menghentikan usaha saya untuk terus mencuba resepi Vanilla Butter Cake yang lain. 


Perfect Vanilla Cupcakes


Untuk cupcake hari ini, saya memilih resepi Perfect Vanilla Cupcake berdasarkan feedback oleh lebih 500 orang yang rata rata memuji hasil cupcakenya. Resepi ini dikongsikan oleh blog Glorious Treats berdasarkan percubaan demi percubaan yang telah dibuat dalam usaha beliau mencari resepi Vanilla Butter Cupcake yang perfect. 

Selain resepi di atas, saya juga mencuba resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcake yang juga resepi terhangat di seluruh dunia. Saya akan kongsikan resepinya di entri akan datang. Untuk Red Velvet pula, saya menggunakan resepi baru yang akan saya kongsikan juga di dalam entri akan datang supaya mudah untuk saya membuat rujukan di masa hadapan.

Kek Vanilla ini sangat gebu, fluffy dan moist. Seriously... to me it's a vanilla cupcake to die for. Permukaannya membukit  dan nampak lapisan atas seperti agak kasar. Namun begitu, tekstur keknya sangat gebu dan moist. Saya dari dulu lagi memang menggemari kek kek tradisional seperti butter cake, vanilla cake dan marble cake. Masa tu, frosting pun tak suka sangat. 

Untuk frosting Vanilla Butter Cupcakes kali ini, kami menggunakan Classic Butter Cream frosting yang telah dibuat sebelum ini. Tapi kalau hendak melihat resepi Cream cheese frosting yang dicadangkan oleh Glorious Treats, saya sertakan juga resepinya di bawah.

Saya harap Zatul dan kawan kawan berpuashati dengan kek kek yang kami hasilkan dan maafkan atas segala kekurangan yang ada. Jom layan mata dengan gambar gambar yang sempat diambil.



Perfect Vanilla Cupcakes

Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
¼ cawan tepung kek
¼ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
2 biji telur telur
¾ cawan gula kaster
½ sudu kecil pure vanilla extract
½ cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
½ cawan buttermilk (atau ½ cawan susu campur ½ sudu kecil cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)


Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.

Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.

Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak  penuh. Bakar selama 15-18 minit.

Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Nota;
Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.


Vanilla Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
4 oz butter (suhu bilik dalam 10 minit tapi masih sejuk)
8 oz cream cheese (dari peti sejuk)
1 sudu kecil pure vanilla extract
4 cawan powdered confectioners sugar
1-4 sudu besar heavy cream/heavy whipping cream/susu

Cara cara:
Masukkan butter di dalam mangkuk dan putar sekejap. Masukkan cream cheese dan putar sehingga sebati selama 30 saat.

Masukkan vanilla extract dan gula dan putar dengan kelajuan perlahan, dan naikkan kelajuan sederhana sehingga ianya menjadi kembang gebu.

Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang diingini dalam 1 minit. Jangan letak banyak jika mahukan frosting kekal selepas di pipe atas cupcake.

Boleh terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk selama beberapa hari dan perlu diputar semula sebelum digunakan.

Nota:
Untuk Chocolate Frosting, tambahkan ½ cawan unsweetened cocoa ke dalam adunan sebelum dimasukkan gula supaya ianya menjadi sebati dengan butter dan cream cheese.


Perfect Vanilla Cupcakes

Perfect Vanilla Cupcakes

Perfect Vanilla Cupcakes

Perfect Vanilla Cupcakes



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

22 ulasan for "Perfect Vanilla Cupcakes Tempahan"

  1. makin cun kek akak..mungkin lps ni akak cuba pulak buat buttercream yg bercampur cream well sbb akan kekal lama di luar suhu bilik akak...all the best kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh kami belum pernah lagi cuba frosting menggunakan krim well

      Padam
  2. makin cun..lps ni kena buat buttercream mengunakkan krimwell pulak..pasti cun

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Salam kak azie,

    Kalo nak guna susu instead of buttermilk, susu apa tu yea? sorry saya beginner in baking ni..huhuhu. TQ

    May, Silent reader

    BalasPadam
  5. cumel2 cup cake...cantek2 picnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis modal nk shoot gambar sb props mmg tak ada.

      Padam
  6. Azie, Adunan ini bole dpt berapa biji cupcake?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna cup besar, jd dpt 11 biji jer

      Padam
  7. As salam Kak Azie,

    Kalau tak guna tepung kek,boleh digantikan dengan tepung gandum tak?
    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi saya belajar dari sahabat saya, Shiela dari Spices Journey utk membuat sendiri tepung kek adalah dg memasukkan 2 sudu besar tapun jagung bagi setiap cawan. Selebihnya dimasukkan tepung gandum

      Padam
    2. 2 sudu besar bagi setiap cawan? kalau guna cup kecik2 yang besar syiling 20sen tu agak-agak berapa sudu ye?

      Padam
    3. Apa kata buat satu cawan, gaul rata dan lepas tu, bau ambil jumlah yang diperlukan.

      Padam
  8. As salam,

    Akak, base on pengalaman akak..resepi cheese frosting yang mana yang paling meletopp..

    Thanks

    BalasPadam
  9. Salam kak azie... bole tah adunan ni ditelak coloring to make a rainbow cupcake? Will it change the texture?

    BalasPadam
  10. Assalam sis,berape anggaran kos utk adunan nie ye..
    Serius menanti jawapan..keep smile

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya tak pasti. Boleh tengok harga barang dan kirakan kosnya

      Padam
  11. salam kak azie

    yg confectioners sugr tu gula caster bole? 4 cawan gula ke? rasa cm manis sgt plak

    BalasPadam
  12. Ada resepi utk cupcake coklat yg simple x? Blh kongsikan?

    BalasPadam
  13. Boleh guna self raising flour instead of tepung kek?

    BalasPadam