Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Talam Labu Untuk Majlis Tahlil


Kuih Talam Labu



Hari telah petang, baru hubby meminta supaya dibuatkan kuih untuk dibawa ke majlis tahlil untuk Bonda Mertua malam tadi. Hmmm kalaulah diberitahu awal awal tentunya, saya boleh menyediakan dari pagi. Maklumlah kuih kuih sebegini, perlu benar benar sejuk, sebelum boleh dipotong dengan cantik. Sekurang kurangnya 4 jam juga masa untuk benar benar sejuk. Saya pulak, cuma ada dalam 1 jam sahaja sebelum di bawa ke Rawang. Itulah pentingnya komunikasi, apalagi bagi suami isteri. Tetapi apa nak buat, terima jer lah seadanya. Lagi pun, saya memang berazam untuk mengurangkan bercakap cakap kerana saya tahu, ianya tidak elok untuk saya di kemudian hari. 


Kuih Talam Labu

Oleh kerana saya membuat 2 jenis kuih, iaitu Kuih Talam Labu dan Kuih Seri Muka Durian, jadi terpaksalah meminta Nana dan Juita menyediakan kuih ini. Boleh klik di SINI jika ingin melihat resepi Kuih Seri Muka Durian. Saya membiarkan mereka bising pok pek pok pek bertanya itu dan ini, sementara saya sibuk membuat Kuih Seri Muka Durian. 

Maka inilah jadinya kerana mereka ni, bukan sahaja tak pernah membuat kuih tradisional tetapi juga tak suka memakannya. Alahai, lapisan hijau sepatutnya menjadi lapisan atas, jika hanya 2 lapisan telah terbalik kot. Kuih kami ni dah jadi warna putih sebagai lapisan atas. Apa nak buat, sebab semuanya nak cepat supaya kuih dapat disejukkan untuk dipotong sebelum bertolak. Saya menyalin resepi ini dari Blog Yatie di mana Yatie membuat 3 lapisan, sedang saya hanya ingin membuat 2 lapisan jer. Tapi semasa snap gambar ini, saya dah buat sedikit magik, haaa tengok lapisan hijau dah jadi lapisan atas. 

Jom layan resepi di bawah.....




Kuih Talam Labu


Kuih Talam Labu

Loyang 10x10 (guna loyang bulat 10 inci)

Lapisan Bawah
1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
1 1/2 cawan tepung beras* 
2 sudu besar rata tepung jagung* 
1 cawan santan pekat* 
2 cawan air* 
1/2 cawan gula castor* 
1/2 sudu kecil garam* 

Cara cara:
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api. 

Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata.  Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan spray minyak.

Panaskan pengukus. Bila air mendidih, kukus selama 10-15 minit. Biarkan permukaan betul betul kering dengan mengangkat penutup pengukus dan teruskan kukus beberapa minit lagi. Angkat dan cakar permukaan lapisan bawah dengan garfu.


Lapisan Atas
1 1/4 cawan tepung gandum 
2 sudu besar rata tepung jagung 
1 cawan gula halus 
3 biji telur 
1 cawan santan pekat 
2 cawan air 
1/2 sudu kecil garam 
pewarna hijau dan perisa pandan 

Cara cara:
Bancuh semua bahan dan tapis semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana dlm 5 minit.

Tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah dan kukus selama 20 minit.

Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul betul sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.



Kuih Talam Labu




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Kuih Talam Labu Untuk Majlis Tahlil"

  1. buat pahala dengan hobi memasak...

    BalasPadam
  2. Hi Kak,

    Talam nampak sungguh lazat dan cantik walaupun dibuat dalam masa yg sangat singkat. Kata orang, bila kita buat dgn hati yg ikhlas, semua akan menjadi.

    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang memasak dalam keadaan tergesa gesa. Dua dapur diguna serentak

      Padam