Haaa cantik tak warna purple ni? Cantik kan? Menyerlah sekali warnanya. Di samping Kuih Talam Pandan di SINI, saya juga membuat Kuih Talam Keladi untuk dihantar ke masjid. Kuih ini dibuat hari minggu yang lalu selepas rasa kekosongan sangat di pagi itu. Rasa kecewa melanda diri yang mengejar banyak waktu dan kesempatan yang telah tertinggal sebelum ini. Saya menyesali kerana tidak merebut peluang di masa lalu, jadi saya ingin menebusnya di Ramadhan ini. Namun saya tak dapat berkongsi sebab sebenar kekecewaan saya. Balik dari masjid, saya menyambung tidur melepas perasaan.
Sedar atau tidak telah 10 hari kita berada di dalam bulan Ramadhan. Saya memang tidak suka menghitung hari hari berpuasa kerana saya akan rasa bersedih bila mengingatkan Ramadhan akan berlalu pergi. Saya mesti mengakui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang paling saya sukai kerana keberkatan dan pahala yang berganda di bulan ini, tetapi juga kerana hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan pengisian ibadah yang sangat padat. Hidup terasa sangat bermakna di bulan Ramadhan. Sejak beberapa tahun yang lalu, saya memang tidak beria ia membuat persiapan raya, malahan baju raya pun dibuat ala kadar sahaja. Saya memang sentiasa mempunyai kain pasang yang belum berjahit di dalam simpanan. Sekali membeli saya akan membeli banyak pasang kain kerana saya jarang sekali berkesempatan untuk shopping selalu selalu.
Jauh pulak menyimpang topik ya, OK lah berbalik pada kuih Talam Keladi, ini adalah percubaan pertama saya membuat Kuih Talam Keladi dan sangat gembira kerana ianya menghasilkan Kuih Talam Keladi yang sangat cantik. Masalahnya yang timbul ialah lapisan purple ternipis berbanding lapisan keladi untuk kuih yang dibuat dalam bekas kecil untuk hidangan kami berbuka puasa. Lain lain saya memang berpuashati dengan resepi ini yang saya ambil dari blog Yatie yang diambil pula dari blog Ayu. Saya menambah sedikit gula dalam lapisan putih seperti yang dibuat oleh Yatie. Sedap sangat kuih ini, cukup lembut dan kemanisannya. Ketebalan lapisan atas dan bawah juga cantik seimbang. Bukan yang dalam gambar ni lah tapi yang dalam loyang. Saya pasti menggunakan resepi ini lagi di masa masa akan datang.

Sementara masih di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya juga ingin berkongsi sedikit dari tazkirah sebagai pengisian ilmu kita. Dalam tazkirah malam tadi, disebutkan kita kena memohon supaya dijadikan sebagai orang beriman, orang yang beriman akan mendapat taqwa dan seterusnya ganjaran syurga. Antara ciri ciri orang yang beriman ialah:
- Apabila mendengar nama Allah, akan bergementar hatinya. Bila melihat kehebatan ciptaan Allah, akan teringat kehebatan Allah.
- Menjaga solat. Menetapkan waktu yang tetap setiap hari untuk menunaikan solat dengan sempurna, kusyuk dan faham erti ayat ayat yang dibaca.
- Bertawakkal kepada Allah Taala. Kerana hanya Allah sahaja yang boleh menolong kita. Diceritakan kisah kehebatan Omar Abdul Aziz yang hidup miskin dan tidak meninggalkan harta untuk anak anaknya sebaliknya menyerahkan mereka kepada Allah.
Semoga perkongsian ilmu dan juga perkongsian resepi ini mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala juga. Jom layan resepi dulu...
Kuih Talam Keladi
Bahan Lapisan Bawah
Bahan (A)
220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
Bahan (B)
250 gm keladi - (saya letak 300 gm)
Buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang
Cara-cara:
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.
Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.
Bahan Lapisan Atas
Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.
Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (saya guna 160 gm)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (guna 4 biji telur)
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple
Cara caranya:
Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.
Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.
Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.
Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.
Nota:
Untuk mengeringkan air di permukaan, saya terus mengukus beberapa minit terakhir dengan tidak menutup pengukus. Lap selebihnya dengan tuala dapur.