Saya memang mahu mencuba resepi kuih bingka cracker tapi perlu mencari masa yang sesuai kerana jika dibuat pada hari biasa, alamaknya saya sorang lah kena menghabiskannya. Jadi bila hubby beritahu yang Razali dan Liza akan datang esok, saya terus memasak kuih ini malam ini juga kerana ia hanya boleh dipotong setelah benar benar sejuk yang tentunya memakan masa berjam jam lamanya.
Saya teruja melihat ramai yang telah mencuba resepi Kuih Bingka Cracker dan rata rata memuji keenakannya. Itu yang sangat sangat teruja untuk mencuba sendiri. Haaa saja lah nak buat kelainan sedikit, kalau orang lain menggunakan pewarna hijau atau kuning, saya memilih warna purple gitu untuk bingka saya. Sweet sangat warnanya. Lagi satu, biskut cracker tu sengaja tidak dihancurkan sampai halus kerana saya ingin membiarkan bingka mempunyai tekstur biskut lagi. Nak tahu? Nak tahu apa ya? hahaha saja buat suspen sikit. Yang nak citernya semerbak bau kuih ini sewaktu dibakar sehingga ke tingkat atas. Harum mewangi sangat...
Kuih Bingka Cracker
sumber: Che CT
Bahan-bahan:
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula caster
3 biji telur B
710 ml santan/susu cair - 400 ml santan kotak + 310 ml air
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna purple
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur
Cara-Cara :
Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang berukuran 8"x8" dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.
Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.
Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan atasnya keperangan.



















































