Klik Iklan Dulu

Tuesday, 31 January 2012

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Yang Sedap





Dah lama betul saya tak memasak bubur kacang hijau. Since esok cuti sempena hari Wilayah, saya memasak bubur kacang hijau yang kacang nya saya beli di Giant minggu lepas. Kebetulan pula, masih ada durian yang di simpan dalam freezer. Makan pulak dengan roti gardenia, wow sedap gitu. 

Kini baru saya tahu, bubur yang cantik, mesti tak mahu pecah minyak. Masa balik Kelantan baru ni, kakak ada sediakan bubur kacang hijau sebagai pencuci mulut untuk majlis kenduri kahwin. Jadi Kak Nik Bidah sepupu yang dok mengacau bubur kacang dalam periuk tu memberi tips memasak bubur kacang hijau tadi. Selama ini saya fikir bubur perlu dimasak lama lama sampai permukaannya nampak berminyak. Itulah, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu rupanya. Itu sebab kena belajar seumur hidup dan bertanya dengan mereka yang pakar.

Jom lah, kita layan resepi bubur kacang hijau saya ...

BUBUR KACANG HIJAU DG DURIAN

Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 - 5 ulas durian
garam

Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.




Didihkan  air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dg api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan



Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk



Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.



Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan




Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat





Hidangkan bersama teh O, tentu sedap sekali.  Kami cicah dengan roti gardenia




Enjoy ...

Baru Belajar Mengukus Pulut Durian




Saya sampai sekarang masih belajar cara cara memasak pulut. Banyak rupanya cara cara memasak pulut ni. Ada yang dikukus secara kering dengan meletakkan pulut tanpa air. Setelah separuh masak, diangkat dan tuang samada santan bercampur garam atau hanya air bercampur garam. Selepas digaul rata, dikukus sekali lagi sehingga masak. Boleh rujuk di SINI untuk melihat cara caranya. Ini lah cara yang my mom masak pulut samada pulut kuning, pulut untuk dibuat tapai dan juga ketupat palas.

Ada satu lagi pulak, cara yang agak baru bagi saya yang akan saya tunjukkan di bawah ini. Jom kita layan cara cara memasak pulut kukus ...

Beras pulut dicuci, ditos dan masukkan ke dalam loyang. Kemudian tuangkan samada santan bercampur garam atau hanya air bercampur garam ke dalam loyang tersebut. Paras santan atau air mestilah tinggi sedikit sahaja dari paras beras pulut. Loyang kemudiannya diletak di dalam pengukus dan dikukus sehingga masak.  



Selepas masak, angkat dan dikacau rata, kukus sekejap lagi bagi memastikan ianya masak rata.   Saya menggunakan kuali untuk mengukus sebab malas nak mengeluarkan periuk pengukus





Boleh dimakan begitu sahaja atau ditekan tekan padat untuk dijadikan lapisan bawah kuih seri muka.  Kalau untuk membuat seri muka, mesti dimasukkan santan dan garam ya.




My mom memasak pulut secara tanak di atas dapur sahaja jika ingin membuat pulut pagi atau pulut durian. Jadi memang saya tak pernah tengok pulut dimasak secara yang saya masak pada hari ini. Untuk memasak pulut ini, saya masih meminta kawan saya Rusila untuk mengajarkan cara caranya. Itulah bukan semua orang pandai memasak sejak muda, macam saya lah. Dah umur begini, baru berjinak jinak dengan dapur.

Ingat "sharing is caring" ...

Sunday, 29 January 2012

Kuih Seri Muka Bakar Yang Sangat Enak





Dalam saya tercari cari apakah kuih yang akan disediakan untuk majlis hi tea tempohari, sahabat baik saya, Yarina bercerita pasal keenakan kuih yang dibuat oleh mak mertuanya yang merupakan pakar dalam membuat kuih seri muka. Sangat teruja mendengarnya, saya terus meminta resepi dan terus menulis dalam ipad. Walau bagaimanapun saya tak jadi menyediakan kuih ini semasa hi tea atas sebab sebab tertentu. Jadi hari ini, selepas siap masak untuk breakfast, siap masak untuk lunch juga, saya meminta hubby ke kedai membeli santan kerana tiba tiba jer teringin nak membuat kuih Seri Muka Bakar yang tertangguh baru baru ini.

Saya memang nak mengumpul dan mencuba resepi resepi tradisional yang memang dibuat oleh orang orang tua kita dulu.  Saya pun baru dapat tahu yang my mom pun pakar dalam memasak kuih muih. Malahan masa saya kecil my mom menghantar kuih yang yang dibuat di kedai kedai makan dan sangat laris.  Antaranya adalah kuih bronok, tapai beras, lompat tikam, putu mayam dan banyak lagi.  Mungkin masa tu, saya kecil lagi sebab saya tak dapat mengingatinya kecuali tahu tugas saya yang perlu mengisar tepung beras dan tepung beras pulut untuk dibuat kuih muih.

Yang seronok sikit pasal kuih ini ialah lapisan atas nya dibakar berbeza dengan kuih serimuka yang biasa dibuat di mana lapisan atasnya dikukus sahaja. Tambahan pula, pengukus saya pun tengah bermasalah, jadi eloklah juga mencuba kuih ini yang hanya dibakar. Ya ampuuun, semerbak bau dapur saya dengan bau kuih ini semasa sedang dibakar. Rasanya sedap sekali, pasti anda akan merasakan kelainannya dengan kuih serimuka biasa. Sangat sedap, sangat enak weh, adik kakok. Marilah cubo, baru tahu ....

Jom kita tengok resepi.  Terima kasih kepada Yarina kerana telah sudi berkongsi resepi keluarga dia untuk dicuba ... 

Kuih Seri Muka Bakar

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak) 

Cara cara:
Rendam pulut sekejap. Basuh bersih  dan toskan.  Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.




Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul  rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak.  Tekan dan ratakan.






Bahan Lapisan Atas:-
4 biji telur
1 cawan gula
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air daun pandan
1/4 sudu teh esen pandan
Sedikit pewarna hijau
Beberapa helai daun pandan

* daun pandan dimesin dgn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia +  1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis

Cara cara: 
Blend kesemua bahan dan tuang ke atas pulut.  




Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung juga kepada saiz loyang yang diguna.  Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak



Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.




Boleh lah dihidangkan ...





Nota: Untuk rujukan - di masa akan datang, saya mahu kurangkan gula sebanyak 1 sudu besar dan tepung gandum ditambah lagi 1 sudu besar.

Enjoy ....



Daging Masak Kerutuk Lagi


Oleh kerana pagi tadi, saya dah masak ikan bilis goreng dengan terung pipit dengan tempoyak, tentu sekali ianya perlu dimakan dengan nasi putih. Saya pun dah siap memasak Lala Goreng Cili yang memang kegemaran Aween. Jadi kalau nak makan dengan nasi putih, mana kuahnya? Alahai kenalah masak satu lagi lauk yang berkuah. Tadi berbelah bahagi juga, nak masak Stew Daging atau Daging Masak Kerutuk. Suruh hubby beli kentang untuk memasak stew tapi akhirnya saya masak jer Daging Masak Kerutuk. Dah banyak kali, memasak kerutuk ni. Resepinya ada di SINI. Senang sangat membuatnya. Dan yang paling penting, sangat sedap masakan istimewa orang Kelantan. Saya sungguh berselera makan tengahari tadi, apalagi dimakan bersama ikan bilis goreng dengan terung pipit dan tempoyak yang sedap sekali. Nak tengok resepi Masak Ikan bilis dan Terung Pipit dengan Tempoyak, boleh Klik di SINI.

Jom ikut saya melayan gambar gambar semasa saya memasak kerutuk pagi tadi.

Daging Masak Kerutuk

Mula mula hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Daging dipotong kecil. Bila bahan siap, memasak menjadi sangat mudah.



Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan halia hiris tadi sehingga garing. Kemudian masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng rempah sehingga naik minyak dan garing.




Masukkan daging dan digoreng dengan rempah kerutuk supaya mesra. Balik balikan supaya daging agak lembut dan masak.




Masukkan santan dan terus masak sehingga daging lembut. Masukkan gula melaka, kerisik, garam dan asam keping. Terus masak sehingga naik minyak.





Sesuaikan rasa dan kepekatan, boleh lah diangkat. Masakan kerutuk ni mesti pekat dan rasa agak manis sedikit.







Spaghetti Carbonara Kegemaran Aween




 
Dari malam tadi, Aween meminta saya memasak spaghetti carbonara yang berkuah. Saya fahamlah maksudnya resepi asal carbonara yang saya biasa masak sebelum ni. Haa klik di SINI untuk resepinya. Saya pulak semalam sangat letih, jadi saya membiarkan sahaja mereka beli Mc D secara delivery. Tapi pagi ini terasa pulak bersalah kerana tidak menunaikan permintaannya. Jadi saya pagi pagi masuk ke dapur untuk melihat bahan bahan yang ada. Yang pasti mushroom memang tak ada stock lagi. Hmmm apa apa yang ada jer lah.

Jom ikut saya memasak spaghetti carbonara. Jommm .....


Mula mula sediakan bahan bahan yang diperlukan. Mushroom soup traditional yang dalam tin tuh. Cincang bawang putih dan potong potongkan sotong.





Panaskan kuali dan masukkan butter. Tunggu sehingga butter cair dan panas. Masukkan bawang putih cincang. Masak sehingga kekuningan.



Masukkan sotong atau apa apa yang disukai seperti udang ke, mussel ke atau isi ayam pun boleh. Goreng sekejap sehingga airnya agak kering. Masukkan sedikit lada hitam serbuk. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas lain.




Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan mushroom soup dan air. Kacau rata rata sehingga tiada lagi berketul ketul, baru dinyalakan api.




Akhir sekali masukkan susu dan beberapa keping cheese ke dalam sos dan juga garam, serbuk lada hitam lagi. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah diangkat.




Bila hampir menggelegak, masukkan bahan seafood yang dimasak tadi ke dalam sos mushroom. Kacau rata rata.




Spaghetti direbus di dalam air mendidih yang telah diletakkan garam dan minyak. Masak mengikut masa ditetapkan di bungkusan.

Semasa dihidangkan, letakkan pasta di dalam pinggan. Sendukkan sos carbonara. Taburkan parmesan cheese dan daun parsley yang telah dicincang. Boleh juga jika kesemua pasta dituangkan ke dalam kuali sos dan dikacau rata. Tapi itu sesuai kalau semuanya untuk dihidangkan secara serentak.



 
Taaddaaa ... enjoy ...