Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Dis 2012

Rendang Pedas Ayam dan Pulut Kuning







Saya sebenarnya ingin mengabadikan entri ini walaupun entri ini adalah entri ulangan dan gambar yang sempat dirakamkan adalah gambar yang memang diambil dalam keadaan saya sibuk di dapur. Bila siap memasak, hari pun sudah malam dan tetamu sudah sampai dan hidangan sedia untuk dihidangkan. Jadi hanya ini gambar yang sempat diambil. Rendang nampak kering sebab tidak terus diambil gambar sebaik diangkat, tetapi hakikatnya ia tidak kering, cuma nampak sahaja kering kerana saya tak sempat untuk membalik balikkannya sebelum diambil gambar.




Asalnya saya hanya memasak Rendang Pedas Ayam untuk dijadikan lauk hidangan makan malam famili saya dari Kelantan yag dimakan dengan nasi putih. Tetapi dalam hati terfikir sedap juga rendang ini jika dimakan dengan pulut kuning. Jadi sambil mengacau rendang di kuali, saya mula merendam pulut dan mengukusnya. Pendek kata saya melakukan 2 kerja dalam satu masa.




Rendang Pedas Ayam ini adalah resepi Perak, negeri kelahiran suami saya. Manakala Pulut Kuning pula adalah resepi dari Kelantan yang saya pelajari dari kakak ipar saya, Kak Harison yang memasaknya semasa mereka mengunjungi rumah kami suatu masa dulu. Kalau nak tengok resepi boleh rujuk di SINI untuk rendang dan di SINI untuk pulut kuning.

Seronok melihat pulut dan rendang saya habis dimakan. Pulut kuning ni sedap kalau dimakan semasa masih panas panas. Kalau harapkan kami jer, alamak saya seorang jer lah yang makan pulut kuning tu.  


2 ulasan:

  1. saya suka tang periuk(periuk temago) tu(klasik)..mak sy ada satu..hehehe..biasa mak guna untuk buat "tahi minyak"...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sidah, yang ni pun ambik dari kampung. Kepunyaan my mom. sayang sangat dengan periuk tembaga ini

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.