Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

30 Dis 2012

Quiche Chicken Mushroom Untuk Hidangan Petang







Kami sekeluarga memang tak ke mana mana penghujung tahun ini walaupun ini adalah sebenarnya masa terbaik untuk kami bercuti kerana kelima lima anak kami ada di rumah. Manakala Nana dan Nellisa pun berehat di rumah sementara memasuki alam pekerjaan Januari ini. Namun atas sebab sebab tertentu, terutama kesihatan saya yang agak terjejas kebelakangan ini, kami hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Jadi kami banyak menghabiskan masa bersama sama dengan keluar membeli belah terutama baju baju kerja Nana dan Nelly juga keluar makan makan. Malam tadi, kami ke One Utama dan singgah makan di Delicious. Antara dessert yang dipesan ialah Quiche yang menjadi rebutan dan habis dalam sekelip mata. Sepotong quiche berharga RM18, hmm mahalnya. Memikirkan kesedapan quiche malam tadi, Juita mencadangkan untuk membuat quiche sebagai hidangan petang ini di Nur Qaseh. Saya bersetuju dan membantu menyediakan doh untuk crust quiche.




Besok adalah hari terakhir kita berada dalam tahun 2012 yang sebenarnya tidak banyak kenangan manis atau pahit dalam hidup saya. Yang ada ialah detik yang mengembirakan bila Nana menerima ijazah perubatan dalam majlis konvokesyen diikuti dengan majlis pertunangan yang elegan. Saya gembira sangat dengan keluarga saya termasuk Nellisa yang telah menamatkan latihan praktikal dan akan memulakan tugas tidak lama lagi. Pada Mei nanti, dia juga akan menggenggam segulung ijazah. Begitu juga dengan anak anak yang lain Hafez, Juita dan Aween yang merupakan anak anak yang baik. 

Teringat ceramah dalam youtube Ustaz Azhar Idrus di mana ramai yang berfikir kalau kesenangan dan kebahagiaan adalah kerana mempunyai harta dan duit yang banyak. Walhal, kesenangan yang sebenarnya ialah  kesenangan hati bila kita boleh berbuat apa sahaja. Itulah yang ingin saya katakan. Saya bersyukur kerana Allah mengurniakan kebahagiaan hati pada saya di mana sepanjang tahun 2012, saya hanya bertenang di saat saya sepatutnya bergelora. Saya pasrah, redha dan menyerahkan semuanya pada Allah. Saya melalui hari hari dengan tenang dan boleh tidur dengan lena walaupun berhadapan dengan ujian dan dugaan. Saya percaya hari tidak selamanya malam, pasti siang akan muncul.

Begitu lah juga dengan azam tahun 2013, saya ingin terus menjalaninya dengan tenang. Ingin menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, ingin perbanyakkan bersedekah. Pendek kata, saya ingin lebih mendekatkan diri pada Illahi supaya ianya lebih baik dari hari hari sebelumnya. OK lah jom kita tengok resepi pulak. Memang banyak kali saya menggunakan resepi ini yang diperolehi dari sahabat saya, TeeaRa Yatie yang memang handal memasak. Cuma kali ini, kami membuatnya dalam acuan pie yang kecik kecik juga yang senang dimakan....




Quiche Chicken Mushroom
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
200gm tepung gandum
1 sk garam 
Mixed herbs


Bahan B:
110gm cold butter-kiubkan
1 biji telur kuning
1/4 tbs jus lemon

Satukan semua bahan B dan campurkan ke dalam Bahan A. Kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Selepas itu, canai dan terap dalam acuan pie yang boleh dikeluarkan dari bawah. Cucuk doh dengan garfu dan bakar secara blind bake selama 15 minit.


Bahan C:
Chopped garlic
2tbs olive oil
Capsicum
Celeries
Button mushroom - hiris nipis
Onion - kiubkan
Minced chicken
Secubit garam

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masukkan minced chicken, Goreng sekejap masukkan semua bahan sayuran, garam dan sedikit mixed herbs. Sesuaikan rasa dan ketepikan. 


Bahan D:
250 gm Whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur 

Satukan semua dan kacau sebati.

Selepas doh dibakar secara blind bake, masukkan filling sayuran tadi dan akhir sekali, masukkan cream tadi dan taburkan cheddar cheese. Bakar selama 35minit pada suhu 170C.



8 ulasan:

  1. alahai!ni confirmmmm sedappppp:)
    tengok pun dah rasa slurpppp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, kalau masak sendiri memang confirm sedap sebab kita boleh masukkan banyak banyak bahan filling mengikut citarasa.

      Padam
  2. Salam & selamat tahun baru 2013, nampak sedap QCM nie tapi saya tak pernah buat guna WC, ganti susu boleh kan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Selamat Tahun Baru 2013 juga utk Khairiah. Boleh juga gantikan WC dg heavy cream atau susu segar atau low fat milk

      Padam
  3. Hello Azie, wow! I suka your this ayam dish. Can see you have a blsck belt in cooking.
    Under different circumstances, a beautiful lady like you who can cook gourmet dishes very dangerous to bachelors.
    Masuk mulut stu spoon, habis cherita, nak kawain the cook, ha ha ha.

    Wishing you and family a very happy new year.
    Stay young and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  4. sedap quiche ni,nikee baru jer buat shurimi paprika quiche nov lps tapi malas nk ambik foro..nikee gantikan dgn santan kotak dr meletak wc sbb mahal dan memang fatting..sedap jamah ni dgn vinegrette dressing salad @ tomato salad...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang boleh ganti dengan santan atau susu segar juga

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads