Iklan Nuffnang

Radiglow

1 Dec 2012

Lagi Tempahan Kuih Muih







Di samping menempah kek cawan Red Velvet, Zatul juga menempah Kuih Puding Karamel dan Sardine Puff. Hmm kalau ikutkan, saya hanya suka untuk mengambil tempahan kek, kek cawan dan muffin sahaja. Tetapi demi untuk tidak menghampakan adik ipar saya, saya buatkan juga kuih yang diminta untuk hidangan jamuan makan makan di pejabat beliau. Juita dan Nana bangun menyiapkan kuih muih yang dipesan seawal pukul 3.30 pagi supaya ianya fresh dari oven. Siap sahaja dibakar pukul 7.15 pagi, kami terus bertolak untuk menghantar saya ke pejabat sebelum menghantarnya ke pejabat Zatul di Securities Commission untuk jamuan pagi.

Boleh klik di SINI untuk melihat Red Velvet Cupcake yang ditempah Zatul. Seperti yang saya tuliskan, saya berjinak jinak dalam tempahan kek dan kuih muih simple ini sebagai mengisi masa lapang dan juga minat ingin mencuba resepi resepi. Saya pun hairan melihat blogger masakan lain yang selang beberapa hari membuat kek dan kuih muih. Dalam hati tertanya tanya, kalau setiap hari di rumah ada hidangan seperti itu, pasti sangat mewah. Sedang saya tidak boleh melakukan sebegitu kerana di rumah ini, tiada siapa yang mahu menghabiskannya. Samada saya sendiri yang terpaksa menghabiskannya, bawa ke pejabat atau diberi kepada jiran jiran. Jadi saya tidak boleh berlebihan dengan membuatnya selalu selalu, tetapi kalau mengambil tempahan, barulah ada kesempatan untuk membuatnya di samping mengasah skil dan bakat, dapat juga untuk dimakan sendiri.

Jom lah kita tengok gambar kuih yang disediakan untuk jamuan di pejabat Zatul.











9 comments:

Suhaidi Hamzah said...

Good job KZie. Admire your vision :-)

Azie said...

Thank you so much.

Evelyn Gemina said...

Wah hebatnya kak azie ambik tempahan banyak2 cam ni, gud luck : )

farnas said...

Csntiknyer sardin puff akak...Berkenan tengok yg belum masak...

Azie said...

Evelyn, baru berjinak jinak. Terima kasih

Azie said...

Itu baru tengok gambar, kalau dapat makan lagi best. Saya hari tu pun, tak dapat makan

nuna ran said...

salam sis..sardin puff, sedappnye tgokk!!sy suke mkn pastri2 tp xpnh cuba nak buat ;-) sbb sy rasa sgt susah & mgkin akn hampa bila melihat hasilnya.boleh x sis share resepi sardin puff ni..sy teringin nak cuba sndri memandangkan sy sgt suke mkn!!!lebih puas hati bila kite dapat buat sndri kan;-) tq sis

Azie said...

Nuna, saya pun suka makan sardin puff. Kalau dibeli di kedai, sardinnya sedikit sahaja dan dimasukkan banyak bawang besar. Resepinya biasa sahaja. Tumis bawang putih dan bawang merah. Jika suka pedas masukkan cili kisar atau cili hidup. Masukkan isi sardin, sedikit bawang besar. Sesuaikan garam dan kelembapan dengan memasukkan sos sardin. Mudah jer tapi harga sardin sgt mahal, jadi kos penyediaan juga agak tinggi.

Shihabudin Abdullah said...

bagus sokongan awak