Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Happy Birthday, Kakak





Entah kenapa hari ini, saya betul betul terlupa untuk memberi birthday wish pada Nana sehingga my hubby mengingatkannya. Agaknya saya keletihan sepanjang majlis semalam walaupun saya cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan banyak pergerakan. Malahan saya memasak pagi ini pun sambil duduk di bangku tinggi untuk mengurangkan stress pada pinggang. Selepas kakak dan adik saya bertolak balik, saya terus masuk bilik dan tidur. Sebaik bangun, saya menyediakan hidangan tengahari. Selepas makan, saya sambung tidur lagi sekali. Hmmm saya sebenarnya tidak suka tidur siang kerana terasa sangat rugi bila menghabiskan hari siang dengan tidur. Bila saya tidur di siang hari, bermakna saya benar benar tidak sihat dan memerlukan rehat...

Sebelah malam hubby mengajak kami keluar makan untuk meraikan birthday Nana di Tony Romas. Seingat saya, kami tidak meraikan birthday Nana sejak 6 tahun yang lalu kerana setiap kali harijadi, Nana berada di Egypt. Jadi tahun ini, agak istimewa kerana dapat meraikannya setelah sekian lama dan kedua, kerana selepas ini Nana akan mula bekerja. Birthday dia yang akan datang pasti disambut dalam suasana berbeza dengan birthday hari ini.

Apa apa pun, saya sangat bangga dengan Nana. Seorang anak yang sangat periang dan menceriakan kami dengan lagak manjanya yang bersahaja. Semoga kakak akan mencapai kejayaan cemerlang dunia dan akhirat. Happy birthday, Kakak. We love you so much...







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Happy Birthday, Kakak"