Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

7 Dec 2012

Cupcake Juita


 


Kali ini saya nak tayang cupcake yang dibuat oleh anak dara sunti saya, Juita ku sayang beberapa waktu dulu. Balik dari office, sudah tersedia cupcake yang gebu lembut ini di atas meja. Biasalah di rumah ni, kalau bab kek mengekek ni, sayalah yang kena menghabiskannya sebab nak elakkan pembaziran. Akhirnya badan saya pun dah naik sekali ganda.




Seperti biasa anak anak ni kalau membuat kuih muih tak mahu merujuk kepada resepi dari blog blog Melayu. Selalu resepi dari blog omputih yang dicari. Tak apalah itu generasi sekarang, sama juga kalau masuk jer kereta, pasti mereka akan tukar channel radio pada hit FM dan sebagainya. Sedang kan saya suka melayan mendengar lagu lagu lama dari Klasik Nasional.




Kalau zaman saya kecil kecil dulu, dapat makan kek sudah menjadi satu perkara yang sangat mengembirakan. Orang orang kaya jer yang dapat makan kek pada waktu itu, lebih lebih lagi homemade cake. Kami kalau makan pun kek murah yang dijual di kedai kedai runcit. Kebetulan arwah my aunty sangat pandai membuat kek dan lain lain masakan. Malahan setiap kali ada majlis perkahwinan, beliau lah yang akan membuat kek.

Teringat lagi semasa arwah abang saya yang sulung, Cik gu Hashim masih belajar di MPTI Johor Bahru, bonda saya akan meminta my cousin Kak Nik Senor untuk membuat kek untuk dipos bila dia tak balik bercuti pada hari raya. Kek itu dipotong bagi memuat dimasukkan ke dalam tin dan kotak sebelum dipos. Itulah antara kenangan kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa kecil kecil dulu yang berkaitan dengan kek. Jom kita layan layan gambar cupcake yang disediakan Juita ini....





6 comments:

  1. Salam Kak Azie
    Saya suka merujuk dua2 versi resepi..barat dan blog2 malaysia...tengok mana yg sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Blog omputih lebih objektif komen komennya, berkenaan review resepi mereka yg telah mencuba. Klu di sini, suka my resepi yg byk komen yg membantu kita berbanding dg komen di blog yg lebih kpd sembang sembang kosong shj.

      Delete
    2. Betul tu..sesetengahvdlm my recipes siap buh gambar hasil yg diorang dah dapat....

      Delete
    3. ya dalam my resepi, byk perkongsian pengalaman tentang resepi yg telah dicuba

      Delete
  2. Sy pn ska layari y.tube ttg masakan trutama yg ada demo..kongsiresepi.com pn not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka ruangan yg mengandungi banyak perkongsian mereka yg telah mencuba resepi.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.