Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

12 Dec 2012

12.12.12






Kenapa orang ramai di hospital sehinggakan bilik penuh sedangkan hari ini hari bekerja. Hati tertanya tanya sehingga hubby memberitahu yang ramai orang ingin bersalin hari ini  iaitu pada 12.12.12. Oohh sempena mengambil tarikh yang cantik ini ya. Hahaha yang saya ni, buat apa pulak ada kat Tropicana Medical Centre ni, bukankah semalam sudah discharge ke? Hmmm betul lah kalau ada yang berfikiran begitu.


Sebenarnya saya memang dah discharge semalam, tapi hari ni saya ke hospital untuk menjalani rawatan physiotherapy. Di samping itu, malam tadi anak saya Hafez yang sedang menuntut di UiTM Segamat menelefon memberitahu yang dia sesak nafas, sakit dada, kaki kebas dan berpeluh peluh. Kami meminta beliau balik segera dan terus admit melalui emergency untuk menjalani rawatan. Maklum budak budak sekarang muda muda pun dah ada yang sakit jantung dan sebagainya. Kami kenal anak sahabat kami yang diserang sakit jantung pada umur 25 tahun. Masih bujang dan anak seorang doktor pulak, jadi kita tak boleh memandang mudah bila anak anak menunjukkan tanda tanda sebegini. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kerana pemeriksaan awal menunjukkan keadaan jantung beliau yang normal.




Berbalik pada sakit saya pula, memang dah lama saya mengalami buldge disc yang mengganggu aktiviti harian saya seperti untuk beribadat dsb. Saya selalu risau kerana jikalau ianya berterusan, bagaimana hendak saya jalani hidup selama 20 ke 30 tahun lagi, jika dipanjangkan umur. Insya Allah. Maklum bila sakit seperti ini, apa dibuat pun semua tak selesa. Baring pun tak selesa, duduk pun tak selesa dan berdiri pun lagi tak selesa. Bila diberi cuti sakit yang panjang, perkara yang berlegar dalam kepala ialah kerja kerja di pejabat.  Tapi kalau difikirkan balik, kerja di pejabat tak akan pernah habis. Saya ingin pulih dan sihatkan badan dan kembali dengan azam baru di tahun 2013 untuk bekerja dengan bersungguh sungguh sebagai ibadah untuk tunggangan ke akhirat.  Saya yakin hanya Allah yang boleh menentukan segalanya walaupun saya mungkin berhadapan dengan orang orang yang menjadikan hidup kita menjadi sukar. Ya Allah jauhilah orang orang yang zalim dari dalam hidupku. Jadikan lah aku orang yang beriman dan bertakwa. Berilah aku kesihatan, kekuatan dan kemudahan untuk beribadat kepada Mu sepanjang hayat ku. Ameen. Makbulkan lah....




22 comments:

  1. tarikh tu cantik... bawa-bawalah berehatlah Azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas keprihatinan Amie.

      Delete
  2. Salam kak azie...semoga sentiasa sihat & cergas selalu ya : )Tahun 2013 bakal tiba, yang baru menanti kita : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear sis, tiada yg lebih besar dari nikmat kesihatan. Terima kasih atas doa dan sokongan

      Delete
  3. ada masa kita di uji, moga Azie sabar dan tabah ya..jaga diri dan kesihatan..moga cepat sembuh spt sediakala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Yatie. Saya berharap semoga saya terus tabah menjalani ujian ini. Ameen

      Delete
  4. Banyakkan rehat kak azie...sekarang org muda dah ramai yang kena sakit berbahaya..mungkin faktor pemakanan agaknya dan gaya hidup mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. bila melihat orang tua yg telah berumur 70 tahun ke atas, saya terfikir bagaimana keadaan saya jika mencapai umur sedemikian jika di usia ini pun saya telah mengalami bermacam macam kesakitan. Saya ingin sihat sehingga ke akhir hayat supaya kita boleh beibadat ke hembusan nafas terakhir. Ameen

      Delete
  5. saya doakan moga kak Azie cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fidzah atas keperihatinan

      Delete
  6. Salam Kak Zie,semoga cepat sembuh & jgn fikir pasal kerja sangat...bawa berehat byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ita. Badan boleh berehat tapi minda tidak

      Delete
  7. Bersabarlah!

    Jika HJ dapat bersabar dengan ujian sakit ini,insyaAllah akan dikifaratkan dosa.

    Moga tahun 2013, HJ akan berjaya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, brother dan semoga dpt terus mengingatkan saya tentang persediaan perlu utk perjalanan seterusnya. Saya berhadapan dg krisis diri yg mula leka dan menurun. Semoga saya terus menjadi seorang yg bertaqwa, yang takut pada Allah sepanjang masa.

      Delete
  8. Sy pn mderita prolapse disk n OA..skit brkaitan tulang ni mmg mudah brulang trutama jika kita buat ssuatu yg lebih had...berat bdn pn kena cntrol tpi makin brumur ni sukar nk mantain..oleh itu Azie bykkan rehat n jgn pikir byk..mmg btoi sgt kata2 sygi diri sendiri, bru kita mampu sygi n brbakti pd org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. saya ni jenis tk penyabar. Klu minta orang tolong, lambat sangat, saya akan buat sendiri termasuklah mengangkat pasu pasu bunga. Tp lepas ni, mmg kena berhati hati

      Delete
  9. Kakak,

    Cuba try acupunture untuk masalah disc akak. insya allah, boleh sembuh sikit.

    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally, sebenarnya takut juga kr banyak kes orng yg terus tak boleh berjalan selepas mendapat rawatan tulang belakang

      Delete
  10. Bykkan rehat Azie..sygi diri sendiri brulah kita mampu sygi n berbakti pd org lain..sy pn mderita OA n prolapsed disk jdi sy fhm sgt2 pe yg Azie deritai..may Allah bless u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Memang hanya org yg mngalaminya sahaja boleh mengetahui betapa tak selesanya.

      Delete
  11. salam rindu kak azie..moga sentiasa diberi kekuatan dan sabar utk melawan penyakit yg dideritai..insyaallah..setiap penyakit ada ubatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rindu untuk Ina juga. Terima kasih atas sokongan

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.