Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Daging Korban



Sup Tulang Daging Korban


Sejak balik open house rumah Azman dan Nita di Putra Jaya semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, memang saya dari hari ke hari ingin memasak sup tulang dan dimakan dengan mee celur yang ditabur dengan bawang goreng dan daun bawang. 

Sedap mee kuah yang simple ini. Tapi bukan senang untuk mendapatkan tulang yang segar. Tulang lembu ni kalau yang fresh memang sedap, dapat dirasakan kuahnya yang manis. 

Tulang ini adalah tulang dari daging korban yang disedekahkan oleh kakak saya untuk dibawa balik. Tapi masalah saya ni, satu jer. Saya tak ada pressure cooker, jadi memang berjam jam juga lah masa diambil untuk merebus tulang tu.  

Cara saya membuat sup sangat simple. Tulang direbus sehingga empuk dan dimasukkan sedikit halia dan bawang merah hiris. Lepas itu, di dalam kuali lain, saya akan menumis bawang merah, halia, rempah penumis dan rempah sup sehingga wangi. 

Kemudian tuang bahan yang ditumis ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan garam dan bawang goreng serta daun bawang. Siap dan bolehlah dihidangkan panas panas.   


Sup Tulang Daging Korban


Sup Tulang Daging Korban

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Sup Tulang Daging Korban"

  1. sedap sgt ni...anak beranak sy mmg suke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Kamipun suka sup tulang, lebih lebih lagi menggunakan yang segar

      Padam
  2. sup tulang Kelantan mari ni sudah semestinya sedap walaupun nampak ringkas.terliur saya di buatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zana, sedap sebab menggunakan tulang segar. Kuahnya pun dah terasa manis daging segar

      Padam
  3. salam maal hijrah Azie,

    Hari tu mak saya masak tulang daging korban . Saya tgk cepat je dia masak, dagingnya pun lembut sgt! dg baru, sedapkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rebus lama tapi tak lah selama daging yg tak segar

      Padam
  4. Kak Azie tengok aje sup tulang ni terus terliur....jam...jam tu gak cari tulang esok nak buat sup he.....he....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan daun pandan dlm kiah sup. makan dengan mee kuning, tabur bawang goreng dan daun bawang

      Padam
  5. Rahsia sup tulang sedap ialah merebusnya dgn lama, tiada pressure cooker pun tak mengapa..tpi bg kita yg kurang penyabar ni mmg lah malas tunggu berjam2 kan..pas tu kena tmbah air sampai daging empuk..petua seorg jurulatih aerobik kalau nk kurangkan lemak masa makan,rebusan pertama daging mesti dibuangkan dan tambah air baru..tpi cara ini ramai yg tak suka sbb daging jdi kurang manis..tpi ada sorg kwn cuba mmbuatnya dan rasanya lebih sedap...dan ada pula yg kata klu daging korban mkn lemaknya pun tak mengapa sbb hya daging korban yg tidak memudaratkan manusia, wallau'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sepatutnya lemak dibuang terutama kalau membuat sup tulang yg berlemak spt sup kaki lembu. Saya pernah diajar masak rendang ayam dg mencelur ayam seketika, buang air dan barulah dimasak ayam dg bahan bahan yg dikisar. Sedap dan tak terasa berlemak dan hanyir

      Padam