Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 18 November 2012

Selamat Hari Jadi, Boy






Alhamdulillah, hari ini genaplah umur Muhamad Hafez, anak lelaki pertama kami yang dipanggil sebagai Boy, 19 tahun. Malam tadi kami meraikan harijadi beliau dengan makan malam di restoran pilihan beliau di Restoran Chillies, One Utama. Sempena harijadi beliau, saya ingin membuat sedikit coretan mengenai anak saya yang satu ini.


Sebenarnya dulu saya amat berharap jika anak sulung kami adalah seorang anak lelaki. Ini kerana zaman zaman dulu dikatakan anak lelaki yang akan menjaga ibu bapa apabila telah tua kelak. Pernah diceritakan seorang suami ingin berkahwin lain semata mata ingin mendapatkan anak lelaki. Namun tanggapan itu, ternyata tidak lagi tepat kerana tiada bezanya antara anak lelaki dan anak perempuan. Malahan doa anak anak perempuan yang soleh juga akan sampai kepada kedua ibu bapa apabila telah tiada kelak. Jadi banyak tanggapan pada masa itu, tidak sebenarnya tepat. Walaupun dikurniakan anak sulung seorang anak perempuan, kami redha dan gembira.  Bila anak kedua juga perempuan, kami masih bersabar dan bergembira kerana kedua mereka boleh menjadi teman antara satu sama lain hingga kelahiran Hafez, anak ketiga yang tidak dijangka jangka.  Pada masa itu, saya sedang membuat persiapan untuk ke USA selama dua minggu, bila tiba tiba merasa badan tidak sihat dan terus membuat pemeriksaan doktor.  Kami amat terkejut bila doktor mengesahkan bahawa saya hamil.  Jadi sepanjang di Atlanta, saya amat berhati hati, maklum ramai pak Hitam di sana, takut takut anak menjadi seperti mereka.  hahaha itu kata orang tua tua la... Selain Atlanta, kami juga ke LA, Florida dan San Francisco. Oleh kerana sedang mengandung, saya tidak dapat menyertai hubby dalam banyak rides semasa di Disney World. Namun begitu masih sempat juga bermain beberapa permainan yang sepatutnya tidak boleh disertai oleh ibu ibu yang hamil, maklumlah kalau tidak berbuat begitu, agak sukar untuk kami bertemu selepas itu.



Boy dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre setelah kami berpindah dari Wangsa Maju ke USJ4. Beliau dilahirkan pada pukul 2 pagi dalam keadaan relax kerana Dato' Dr Siti Zaliha hanya menunggu kelahiran di labour room sebelum balik berehat di rumah. Tidak ada pesakit lain lagi yang dirawat ketika itu. Kiranya kami ni adalah pesakit terakhir untuk Dr Siti pada hari itu. Kebiasaannya doktor hanya akan datang ke labour room, setelah terdapat tanda tanda kelahiran sahaja. Ini juga adalah kelahiran pertama di mana saya menggunakan gas oksigen yang ternyata amat membantu mengurangkan kesakitan...


Kelahiran Boy amat mengembirakan kami sekeluarga dan disayangi oleh kedua dua orang kakaknya. Berbanding dengan Kakak dan Adik, Boy berkulit agak gelap dan mempunyai mirip wajah saya. Semasa kecil Boy sangat dimanjakan oleh kedua dua orang kakaknya dan diasuh oleh Pembantu Rumah kami bernama Asripah dan kemudiannya Sri Handayani. Semasa kecil, Boy mempunyai habit menghisap ibu jari sehinggalah umurnya beberapa tahun.




Semasa kecil, beliau suka bergambar dan akan tersenyum manis dalam setiap posingnya apabila kamera dihalakan padanya. Maklumlah saya pula jenis suka mengambil gambar, apa lagi gambar anak anak. Setiap anak kami mempunyai koleksi album gambar gambar mereka sendiri dari lahir sehingga besar....


Boy seorang anak yang rajin membantu kami dalam melakukan kerja kerja rumah. Lebih lebih lagi dengan ketiadaan pembantu rumah. Sebagai anak lelaki, dialah yang akan melakukan kerja kerja yang agak sukar seperti mencuci kipas syiling, membuang sampah setiap hari semasa ketiadaan hubby. Pendekkata dia seorang yang ringan tulang dalam membantu urusan rumahtangga.

Selain dari itu, Boy yang kini sedang menuntut di UiTM adalah seorang yang agak pendiam berbanding dengan anak anak yang lain. Tidak banyak meminta minta dan hanya akan berdiam diri jika tidak ada apa yang ingin dicakapkan.



Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, saya amat berharap agar Boy dapat melindungi semua saudara saudaranya dalam semua keadaan. Doa saya semoga Boy menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, bertanggungjawab dan menjadi seorang anak yang soleh yang mendoakan kami kerana doa anak yang soleh akan berterusan sehingga bila bila. Ameen...


8 comments:

  1. Happy Birthday Hafez..semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan orang tuamu ^_^

    ReplyDelete
  2. hepi bornday boy..tahnniah kak zie..jauh perjalanan tu...19tahun..harp boy jadi tunjak kekuatan famili kak zie..amin

    ReplyDelete
  3. Amin.. tidak dpt d nafikn ank lelaki juga penting sbgi penguat semangat dlm kluarga..sy pn ada sorg je ank lelaki tpi rajinnya mgalahkn kakk n adik..selamat hari lahir utk boy moga mjadi ank yg soleh n pembela kluarga dunia n akhirat..insyaallah

    ReplyDelete
  4. Amin.. tidak dpt d nafikn ank lelaki juga penting sbgi penguat semangat dlm kluarga..sy pn ada sorg je ank lelaki tpi rajinnya mgalahkn kakk n adik..selamat hari lahir utk boy moga mjadi ank yg soleh n pembela kluarga dunia n akhirat..insyaallah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.