Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sardine Puff


Sardine Puff Azie Kitchen

Sardine Puff Azie Kitchen

Balik dari kerja dalam minggu lepas, saya tercium bau yang sedap dari dapur. Bila saya menjenguk ke dalam oven, wow terpandang sardin puff yang sedang dibakar. 

Apa sahaja, asalkan sardin memang makanan feveret saya. Dalam rasa bersalah kerana masih ingin makan walaupun sedang kekenyangan, saya dapat juga menghabiskan 2 ketul sardin puff. 

Huhuhu sedap sardinnya. Juita hanya menggunakan ready made pastry jenama kawan sebagai kulit puff. Jadi penyediaannya sangat cepat.

Tak payah lah bagi resepi kerana semuanya dari bahan segera. Yang inti sardin pulak, terpulanglah bagaimana ianya mahu dibuat. Masukkan inti dalam pastri dan bakar sehingga kekuningan. Angkat dan hidanglah panas panas. Hari ini cuma nak tayang gambar gambar jer.


Sardine Puff Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Sardine Puff"