Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 9 November 2012

Perjalanan Ke Egypt Yang Sangat Membahagiakan







Perasaan semasa pemergian kami ke Egypt kali ini memang sangat terasa kelainannya kerana kami ke sana untuk menghadiri majlis graduasi anakanda kami setelah 6 tahun bergelumang dengan pengajian dalam bidang perubatan. Ramai juga ibu bapa yang menaiki penerbangan yang sama dengan kami. Di samping itu, semasa balik nanti, kami akan membawa balik anak kami di dalam kedatangan kali ini. Perasaan sangat bangga, gembira dan semuanya bercampur baur. 

Kami bertolak dari rumah pukul 11 malam menuju ke Putra Height sebelum ke KLIA. Kami menaiki flight Qatar Airway yang take off dalam pukul 3 pagi pada 11 Oktober 2012. Perjalanan selama 12 jam transit di Doha selama 1 jam sebelum menuju ke Alexandria yang memakan masa 3 jam lagi. Mata memang dah mengantuk kerana sebelum bertolak saya tertidur sehingga dikejutkan oleh Laling Hubby. Dalam pukul 8.50 pagi waktu Malaysia, kami dihidangkan hidangan malam. Sedap juga Chinese Egg Fried Rice With Mixed Vegetable dimakan dengan Stir Fried Garlic Butter Fish with Black Mushroom. Biasalah walaupun tak lapar, saya tetap makan makanan yang dihidangkan dalam penerbangan. Hihihi sedaap, sama gak dengan makanan di hospital, pun sedaapp....

Sebaik terpandang waktu di skrin menunjukkan jam 8.50 pagi waktu Malaysia, saya terus menadah tangan berdoa semoga Allah mempermudahkan anakandaku Juita yang sedang menghadapi peperiksaan untuk menjawab kertas peperiksaan hari ini. Ameen. Ya Allah, lindungilah dan berilah keselamatan pada anak anak dan harta benda kami.... Berilahkan lah kemudahan kepada kami sepanjang musafir ini setelah melalui pelbagai dugaan dan ujian. Kami pohon rahmat dan kasihsayang Mu, Ya Allah... sambil menangis saya menadah tangan selepas mengerjakan solat Dhuha dan solat Hajat pagi hari sebelum berangkat.





Sesampai di Alexandria, kami menaiki van yang telah disewa oleh Nana dan kawan kawannya bersama ibu bapa yang lain juga. Waktu itu ialah pukul 10 pagi di Egypt. Sepanjang perjalanan dari airport ke bandar Alex, kelihatan pokok kurma yang sedang berbuah lebat membuatkan saya rasa sangat teruja kerana inilah kali pertama dalam hidup saya melihat buah kurma di pokok. Rasa macam mahu minta diturunkan di tempat mereka berjualan buah kurma untuk mengambil gambar. Namun apa daya kerana bukan kami sahaja di dalam bas tersebut. 






Sebelum pergi ke rumah sewaan, kami telah meminta supaya van berhenti di gerai menjual air buah buahan. Hmm di situ, Nana dan Nadia telah pun menunggu. Rupanya kedai tersebut terletak berdekatan dengan bangunan rumah sewaan Nana dulu. Aduhaai memang manis dan sedap sangat air mangga yang sangat sangat fresh. Best nyer seolah makan mangga yang di pureekan sahaja. Dari situ, van bertolak dan menurunkan kami di kawasan rumah sewaan. Melalui jalan sempit berdebu menyebabkan saya merasa sangat kagum dengan pelajar pelajar di sini kerana jika saya sendiri, rasanya mesti tertekan dengan suasana dan hiruk pikuk.





Rumah sewaan ini agak cantik berbanding dengan rumah Nana dan mempunyai 2 bilik, satu bilik tetamu, ruang tamu, dapur dan yang paling penting pada saya ialah bilik air yang bersih. OK lah jugak, sebab saya pada mulanya mahukan bilik hotel. Selepas itu, kami ke rumah sewa Nana untuk mengambil barang barang dia. Aduhaai bayangkan saya kena naik tangga ke tingkat 6. Semput nafas dibuatnya...








Melihatkan dapur yang cantik, timbul rasa menyesal kerana tak membawa banyak bahan masakan untuk dimasak sepanjang di sana. Hmm itulah pasalnya. Bila Nad menjemput kami bersarapan di rumah mereka pagi keesokannya, saya rasa sangat seronok. Apa tidaknya, mereka menyediakan nasi lemak. Sedap bila berjumpa nasi lemak dengan telur mata di perantauan, saya siap makan menambah nambah lagi.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.