Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 24 November 2012

Penang November 2012





Oleh kerana sepanjang cuti, kami tidak bercuti ke mana mana walaupun semua anak anak ada di rumah, hubby telah mencadangkan untuk bercuti ke Penang sebelum Boy balik ke kampus awal Disember. Kalau ikut rancangan asal, kami hendak ke Johor Bahru tetapi atas sebab sebab tertentu, destinasi telah ditukar. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi selepas menghantar Rizky dan Demy ke tempat boarding. 

Oleh kerana perancangan dibuat di saat saat terakhir, maka banyak hotel telah fully booked termasuklah our feveret hotel iaitu Hotel Gurney. Terpaksalah mencari hotel lain. Ini adalah kali pertama kami menginap di The Northam All Suite yang memang mewah. Kami mengambil 2 unit yang bertentangan dan dihubungkan oleh satu pintu utama di antara kedua bilik. Setiap unit mempunyai bilik tidur yang luas dengan attached bath suites yang sangat mewah. Selain ruang tamu yang luas, terdapat juga ruang makan, ruang pejabat, foyer dan powder room. Memang luas umpama sebuah bilik apartment. Lain kali kalau bercuti ke Penang lagi, saya boleh pertimbangkan untuk tinggal di sini lagi selain Gurney Hotel.












Selepas mengemaskan barang, kami keluar untuk mencari makan tengahari. Dalam mencari cari tempat makan, ternampak Kedai Sup Hameed yang baru dibuka. Apalagi, kami pun singgah dan makan di gerai tepi jalan itu. Selain makan bermacam macam sup yang dicicah dengan roti, kami juga makan nasi kandar. Aduh memang sedap nasi kandar ni, apalagi berlaukkan telur sotong yang memang kegemaran saya. Hubby memesan roti canai dan mee goreng yang juga sangat sedap. Roti canai di sini tidak berminyak seperti roti canai di KL.  aduuh habislah hancuish diet ni.... Sebelum balik ke hotel, minta hubby singgah di Chow Rasta untuk membeli jeruk buah buahan untuk dibawa balik.









Oleh kerana sudah kekenyangan, saya bercadang untuk tidak keluar makan. Kami order kek dari coffee house sambil ingin meraikan harijadi Boy juga. Dari mula sampai, saya asyik terliur memandang kek yang ditayang di coffee house. Memang sedap sangat frostingnya, tak manis dan tidak berminyak. Mungkin juga ianya menggunakan fresh cream atau mungkin juga menggunakan Swiss Meringue Buttercream kot. Hati bertekad untuk mencari resepi frosting seperti ini yang sangat sedap dan tidak memuakkan langsung. Selepas sesi makan kek, hubby dan anak anak keluar untuk membeli pasembor di Padang Kota Baru di Gurney Drive untuk dimakan makan sambil menonton.








Sekian dulu untuk catatan hari pertama ini, hingga jumpa lagi di sambungan yang akan datang ya.....


10 comments:

  1. PENANG!!.. TANAH TUMPAH DARAHKU..

    ReplyDelete
  2. wah Azie best nye jenjalan Penang rindu lah kat tempat kak Noor kerja dulu kat Penang yg best tu telur sotong yg mmg sinonim dengan Penang, happy family best nye suite tu kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, saya mmg suka sangat dengan telur sotong. Kalau makan kat kedai mamak, saya mmg mencari telur sotong

      Delete
  3. suka sgt tgk muka nana, lembut je air muka dia cm muka kak azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zura. Dia tu mmg pelembut sikit. Anak sulung mmg banyak beralah

      Delete
    2. sesuai sangat la ngn keje dia nnt kn...

      Delete
  4. Sepanjang jalan ke p.pinang dh jdi lgu peberet sbb ank kedua dh jdi student USM..sejak dia jdi studts kmi kerap ke sna mghtr dia blk lepas abis dia brcuti..tpi tak sempat nk jln2 pun sbb mghtrnya waktu mlm n lepas tu kena cepat pula bertolak blk ke rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang is always our favourite destination for domestic vacation

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.