Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 15 November 2012

Nasi Goreng Ikan Bilis Lagi






Pagi hari sabtu yang lepas, saya meminta Nana memasakkan Nasi Goreng Ikan Bilis. Sebelum ini nasi goreng yang sama telah disediakan oleh Nana tetapi pada masa itu, nasinya agak lembik. Jadi kali ini, memang saya memasak nasi lebih sebelah malamnya supaya sedap digoreng. Kalau nak tengok resepi, bolehlah rujuk di SINI

Saya memang suka nasi goreng yang ala ala nasi goreng kampung ini terutama jika cili kisarnya dibiarkan kasar sedikit. Sedap sangat sehingga saya makan menambah nambah lah juga walaupun telah bersarapan selepas kelas tafsir Al Quran di surau Ad Dhuha.

Kalau belum pernah cuba menggoreng nasi goreng ikan bilis, saya cadangkan supaya mencubanya kerana selera kampung macam saya ni, memang sedap sangat lah.




 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.