Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 1 November 2012

Mee Hoon Goreng Sarapan Pagi Di Alexandria





Ini adalah entri tertunda yang ingin saya kongsikan dengan sahabat sahabat dan pembaca blog Azie. Mee hoon goreng ini adalah mee hoon yang digoreng di Alexandria dan bukan di Kuala Lumpur. Hahaha itu sebab nak menayangkannya di sini. Jom citernya gini. Malam sebaik sampai sahaja dari Cairo, terus solat dan masuk tidur kepenatan selepas seharian berjalan jalan di Pyramid. Penat berjalan jalan di tengah tengah panas terik yang berhabuk.

Selepas solat subuh, saya terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Melihatkan masih ada baki mee hoon yang telah siap dicelur di dalam peti ais, saya terus membuat mee hoon goreng. Selain itu, saya juga membuat Tumis Sardin untuk dimakan dengan nasi tengahari nanti. 

Berada di perantauan, kena memasak simple simple menggunakan bahan yang tersedia sahaja. Jom tengok apa yang diletakkan dalam mee hoon goreng tadi.






Mee Hoon Goreng

5 biji cili kering
5 bawang merah 
3 bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 batang karot - hiris panjang
Garam
Cili hijau - hiris
Telur - dadar dan hiris nipis
Minyak masak

Blend cili dan bawang sehingga hancur, masukkan ikan bilis dan dikisar sekejap sahaja supaya tidak terlalu hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak.

Masukkan karot dan kacau sehingga ia agak lembut. Masukkan sedikit garam. 

Masukkan mee hoon yang telah dicelur dan goreng sehingga ianya keluar minyak. Tambahkan garam secukup rasa. Bolehlah diangkat dan ditabur cili hijau dan telur dadar sebelum dihidangkan.





8 comments:

  1. sedapnya tgk mee goreng akak tu...jadi lapo semula bile tgk memalam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memasak dlm serba kekurangan di rumah sewa. Dlm keadaan mcm tu, semua pun rasa sedap

      Delete
  2. Ikan bilis buat perencah bihun mmg sedap dn berperisa, pecahkn telur sblm diangkat, berpalut je bihun dgn ikan bilis &telur

    ReplyDelete
  3. Ikan bilis buat perencah bihun mmg sedap dn berperisa, pecahkn telur sblm diangkat, berpalut je bihun dgn ikan bilis &telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak pun dlm kuali kecil, jd kena kreatif utk menyiapkannya

      Delete
  4. simple but tetap menyiurkan..lopar rasanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih sedap bila makan di perantauan

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.