Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Kerutuk Daging Korban


Kerutuk Daging

Masak kerutuk adalah masakan istimewa orang orang Kelantan. Rempah kerutuk banyak dijual di sana  dan biasanya lauk kenduri juga dimasak kerutuk. Kakak sulung saya memang suka memasak kerutuk pada hari raya terutama kerutuk Itik Serati yang memang kegemaran saya. Walaupun beberapa kali juga saya cuba memasak kerutuk, namun kejadiannya agak kurang memuaskan dan tidak sesedap kerutuk yang disediakan oleh kakak kakak saya. hahaha mana boleh lawan tokey kan?

Kerutuk DagingKerutuk Daging


Kali ini saya masih menggunakan daging korban yang dibawa balik dari kampung. Daging yang fresh menjadikan masakan sangat sedap. Selain dimakan dengan nasi putih, kerutuk juga sedap dimakan dengan nasi minyak, pulut kuning atau dicicah dengan roti sahaja. Pendek kata sedap dimakan dengan apa sahaja.

Jom tengok resepi jika ingin cuba memasaknya untuk hidangan keluarga tersayang. Jom layaann....  

Kerutuk Daging

Kerutuk Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Daging - potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 bawang besar
5 bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
Gula melaka
Asam keping
Garam
Santan
Minyak 
Rempah penumis

Cara cara:
Kisar bawang bawang dan halia. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bahan kisar. Boleh juga jika sedikit bawang dihiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.

Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga garing sebelum dimasukkan daging.  Masak daging lama lama sehingga empuk dan keluar minyak.

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum dimasukkan kerisik, gula melaka, garam dan asam.  

Setelah keluar minyak bolehlah diangkat. 

Nota:
Kerutuk mesti berasa sedikit manis, baru sedap. Kuah kerutuk adalah warna gelap.


Kerutuk Daging

Kerutuk Daging



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Masak Kerutuk Daging Korban "

  1. Salam, rempah penumis tu ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga lawang, buah pegaga, kayu manis dan bunga cengkih. Saya guna mana yg ada jer. Jarang saya menggunakan bunga cengkih

      Padam